Page 66 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 66

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                  Kesimpulan

                    1  Pendudukan Jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme
                       Indonesia. Segala pengalaman yang ditempuh oleh masyarakat tempatan
                       telah diambil sebagai pedoman hidup untuk lebih bersemangat mengusir
                       penjajah Jepun dan Barat.
                    2  Kesan yang bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia
                       seperti Soekarno yang pada mulanya bersikap pro-Jepun bertukar kepada
                       anti-Jepun. Para nasionalis memainkan peranan penting dalam membawa
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                       negara ke arah perjuangan menentang Jepun secara gerakan bawah tanah
                       dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan pada era selepas pendudukan
                       Jepun.
                    3  Pendudukan Jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat
                       nasionalisme dalam kalangan rakyat jelata yang menjadi benteng pertahanan
                       yang kukuh.

                  3.2.2  Perjuangan Secara Berperlembagaan dan
                         Bersenjata

                    1  Selepas Jepun menyerah kalah, Belanda kembali semula ke Indonesia
                       manakala British ke Myanmar. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan
                       semangat nasionalisme sehingga masyarakat tempatan dengan berani dan
                       tegasnya menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Perkara yang
                       penting selepas Perang Pasifik ialah hak kemerdekaan perlu dikembalikan
                       kepada masyarakat tempatan.

                    2  Penduduk Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka secara   •  Secara bersenjata – Muncul
                       bersenjata. Bagi para nasionalis, kehadiran Belanda tidak lagi diperlukan.   gerakan revolusi/penggunaan
                       Apa  yang  diperjuangkan  mereka  ialah  pengiktirafan  Belanda  terhadap   kekerasan menuju ke arah
                                                                                     suatu matlamat.
                       kemerdekaan negara yang telah diisytiharkan sebelum kembalinya pihak   •  Secara berperlembagaan
                       Belanda. Penentangan antara nasionalis Indonesia dengan pihak Belanda   – Perjuangan secara aman
                       memperlihatkan satu siri pemberontakan sehingga membawa kepada campur   melalui rundingan dan
                       tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.                      perlembagaan.
                    3  Tuntutan  kemerdekaan  oleh  penduduk  Myanmar  adalah  secara
                       berperlembagaan,  iaitu  bersesuaian  dengan  janji  Amerika  Syarikat  dan
                       Britain dalam Piagam Atlantik pada bulan Ogos 1941.
                  Myanmar
                    1  Perjuangan kemerdekaan dilakukan sebelum kedatangan Jepun lagi. Pada   Hasil Pembelajaran
                       mulanya, pemimpin seperti Aung San mengalu-alukan kedatangan Jepun.
                       Akan tetapi, mereka kemudiannya mengubah pendirian disebabkan dasar   Menilai penentangan rakyat
                       Jepun.                                                        Myanmar terhadap penjajah   BAB
                                                                                     secara berperlembagaan.
                    2  Mereka mula mencurigai tujuan sebenar kedatangan Jepun ke Asia Tenggara.               3
                       Oleh itu, mereka telah memulakan gerakan anti-Jepun sejak tahun 1942.
                    3  Golongan Thakin telah menubuhkan Pertubuhan Anti-Fasis (PAF) untuk
                       menentang Jepun dan secara sulit mengadakan hubungan dengan British
                       di India.
                    4  Sebenarnya, pemimpin Thakin mewujudkan kerjasama dengan British
                       dengan  harapan  bentuk  kerjasama  ini  akan  membantu  mempercepatkan
                       proses kemerdekaan Myanmar.



                                                                                                        367





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   367                                                           28/10/2021   4:04 PM
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71