Page 72 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 72
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
3 Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada
penjajahan British. Pencapaian kemerdekaan Myanmar merupakan satu
proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata.
A Sebelum Pendudukan Jepun
1 Beberapa usaha telah diambil oleh nasionalis Myanmar dengan matlamat
membangkitkan kesedaran politik ke arah mencapai kemerdekaan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Young Men Buddhist Association (YMBA) memainkan peranan penting
dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Pada mulanya, pertubuhan
ini tidak bertujuan politik. Matlamatnya lebih kepada mengekalkan tradisi
agama Buddha, kebudayaan, dan pendidikan Myanmar. Perjuangannya
bersifat sosial, agama, dan kebudayaan.
3 Kebangkitan YMBA dipengaruhi oleh beberapa peristiwa yang berlaku di
dunia, antaranya:
(a) Kesan Perang Dunia Pertama yang telah menyedarkan orang Myanmar Pada tahun 1917, kerajaan
tentang kepentingan mengadakan hubungan ekonomi dengan dunia British di India telah
luar. meluluskan Laporan Montagu-
Chelmsford. Melalui laporan
(b) Kata-kata Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson tentang hak ini, perlembagaan baharu
semua negara di dunia ini menentukan hak dan nasib negara sendiri. diluluskan di India dengan
(c) Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917 yang berjaya tujuan menyediakan India ke
arah pemerintahan sendiri.
menggulingkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Myanmar tidak dimasukkan
(d) Gerakan Kongres Nasional India pimpinan Mahatma Gandhi yang dalam pembaharuan
menganjurkan penentangan awam secara pasif terhadap penjajah. Montagu-Chelmsford
walaupun Myanmar di bawah
4 YMBA terlibat dalam pertikaian pemakaian kasut di pagoda, iaitu Isu pentadbiran British di India.
Kasut pada tahun 1916. Pada tahun 1917, perjuangan YMBA menjadi lebih British memberi alasan
agresif apabila Myanmar tidak dimasukkan dalam pembaharuan Montagu- bahawa Myanmar masih belum
mencapai taraf “kepandaian
Chelmsford kerana dianggap masih belum mantap untuk mencapai taraf membaca dan menulis”
pemerintahan sendiri. Tindakan British tersebut telah menyemarakkan yang cukup untuk mentadbir
semangat nasionalisme ke peringkat kebangsaan. institusi demokrasi di Myanmar.
Evolusi politik Myanmar tidak
5 Kesan daripada bantahan terhadap tindakan British ini, Sistem Diarki telah semaju India.
diperkenalkan di Myanmar pada tahun 1921. Sistem Diarki berasaskan sistem
perlembagaan yang diperkenalkan di India.
6 British telah meluluskan Akta Universiti pada 28 Ogos 1920. Sekali lagi,
YMBA membantah tindakan British tersebut kerana akta ini bertujuan untuk
menaikkan taraf pendidikan di Universiti Rangoon. Pada para nasionalis, akta
ini merupakan satu taktik British melengah-lengahkan langkah berkerajaan
sendiri bagi Myanmar. YMBA mengatur satu mogok pelajar menentang akta
ini. Bantahan tersebut berjaya apabila British menguatkuasakan Pindaan Akta
Universiti pada tahun 1924 yang bermakna kuasa pentadbiran universiti akan
dipindahkan ke tangan orang Myanmar. BAB
7 YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka menentang 3
dasar British. Golongan pongyi memainkan peranan penting dalam
perkembangan nasionalisme dan idea pemerintahan sendiri dalam kalangan
petani; sepertimana yang diungkapkan oleh Albert D. Mascotti dalam
bukunya, British Policy and the Nationalist Movement in Burma 1917 – 1937,
“…the pongyi are the most important instrument by which the nationalist
movement reached the villagers.”
373
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 373 28/10/2021 4:04 PM

