Page 17 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 17

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                          (iii)  Selain itu, hubungan kekeluargaan juga terjejas kerana
                               kehilangan pendapatan membawa masalah kewangan                                 BAB
                               kepada keluarga. Pelbagai masalah keluarga adalah berpunca
                               daripada masalah kewangan.                                                    1
                          (iv)  Masalah tekanan jiwa dan kehilangan keyakinan diri juga
                               berlaku dalam kalangan para penganggur itu sendiri.
                      (h)  Ketidakstabilan politik
                          (i)   Masalah pengangguran pada kadar yang tinggi dan tidak
                               terkawal akan mengancam ketenteraman dan kestabilan
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                               politik negara.
                          (ii)  Hal ini kerana ada golongan tertentu akan mengambil
                               kesempatan ini untuk mempengaruhi pemikiran rakyat
                               supaya menentang kerajaan. Mereka mungkin menganjurkan
                               demonstrasi, rusuhan, dan sebagainya untuk mencapai
                               tujuan mereka.

                  Cara Mengurangkan Pengangguran dan Meningkatkan                          ’10
                  Peluang Pekerjaan

                    1  Dasar fiskal mengembang
                      (a)  Masalah pengangguran yang berlaku menunjukkan perbelanjaan   Hasil Pembelajaran
                          agregat kurang daripada penawaran agregat.
                      (b)  Salah satu cara untuk meningkatkan perbelanjaan agregat ialah   Membincangkan
                          dengan menjalankan dasar fiskal mengembang melalui dasar   cara mengurangkan
                                                                                    pengangguran dan
                          belanjawan kurangan.                                      meningkatkan peluang
                      (c)  Melalui dasar ini, pihak berkuasa boleh mengurangkan cukai   pekerjaan.
                          tanpa kenaikan dalam perbelanjaan kerajaan atau menambahkan
                          perbelanjaan kerajaan tanpa mengubah cukai atau kedua-
                          duanya sekali secara serentak, iaitu mengurangkan cukai dan
                          menambahkan perbelanjaan kerajaan.
                      (d)  Apabila kerajaan menjalankan dasar di atas, tingkat perbelanjaan
                          penggunaan (C), pelaburan (I), dan perbelanjaan kerajaan (G)
                          akan meningkat. Kesannya perbelanjaan agregat akan meningkat.
                      (e)  Apabila pebelanjaan agregat meningkat, kegiatan ekonomi akan
                          berkembang dan permintaan buruh bertambah seterusnya
                          pengangguran dapat dikurangkan.
                      (f)  Langkah  ini  sesuai  untuk  mengatasi  masalah  pengangguran
                          kitaran.
                      (g)  Walau bagaimanapun, perubahan dalam dasar fiskal merupakan   Bagaimanakah dasar fiskal
                          langkah berbentuk jangka pendek dan pelengkap kepada dasar-  dapat mengatasi masalah
                                                                                   pengangguran?
                          dasar lain.
                    2  Dasar kewangan mengembang
                      (a)  Operasi pasaran terbuka.
                          (i)   Kerajaan melalui bank pusat akan membeli semula surat-
                               surat jaminan kerajaan daripada bank-bank perdagangan
                               dan masyarakat. Tindakan ini menambahkan tunai di bank-
                               bank perdagangan.





                                                                                                        15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22