Page 18 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 18
Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(ii) Peningkatan baki tunai di bank-bank perdagangan
BAB membolehkan bank-bank perdagangan menambahkan
1 jumlah pinjaman kepada masyarakat dan pelabur akan
cenderung meningkatkan pelaburan kerana kos pinjaman
yang rendah.
(iii) Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berkembang, jumlah
tenaga buruh yang digunakan semakin bertambah, kadar
pengangguran dapat dikurangkan.
(b) Nisbah rizab berkanun
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(i) Kerajaan melalui bank pusat akan mengurangkan rizab
berkanun. Ini bermakna jumlah rizab yang perlu disimpan
di bank negara semakin kecil. Maka, lebihan rizab yang ada
di bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar
bertambah.
(ii) Keadaan ini membolehkan institusi-institusi kewangan
Secara ringkas, terangkan
bagaimana dasar kewangan tersebut meningkatkan jumlah pinjaman kepada masyarakat
dapat mengurangkan masalah dan pelabur. Pelaburan akan meningkat dan kegiatan
pengangguran. ekonomi berkembang dan pengangguran dapat dikurangkan.
(c) Nisbah rizab tunai
(i) Untuk meningkatkan bekalan wang, nisbah rizab tunai perlu
dikurangkan. Apabila rizab tunai dikurangkan, bermakna
semakin sedikit daripada deposit pelanggan yang perlu
dijadikan rizab tunai.
(ii) Rizab tunai tidak boleh digunakan sebagai pinjaman,
sebaliknya perlu disimpan dalam bank untuk memenuhi
tuntutan pendeposit. Oleh itu, bank perdagangan
mempunyai banyak wang untuk memberi pinjaman kepada
pelanggan.
(iii) Apabila pinjaman bertambah, pelaburan juga akan
meningkat. Dengan itu, kegiatan ekonomi akan
berkembang, tenaga buruh yang digunakan bertambah,
kadar pengangguran dapat dikurangkan.
(d) Kadar diskaun
(i) Salah satu fungsi bank pusat terhadap bank perdagangan
ialah sebagai pusat pinjaman terakhir apabila bank
perdagangan menghadapi masalah kewangan. Pinjaman
dari bank pusat dikenakan kadar diskaun.
(ii) Dalam hal ini, kadar diskaun perlu dikurangkan. Dengan
pengurangan kadar diskaun, maka kos meminjam bank
perdagangan di bank pusat berkurang. Maka, kadar bunga
yang dikenakan oleh bank perdagangan kepada peminjam
atau pelabur juga jatuh.
(iii) Oleh itu pelaburan bertambah, kegiatan ekonomi akan
berkembang, tenaga buruh yang digunakan bertambah,
kadar pengangguran dapat dikurangkan.
(e) Kadar bunga semalaman
(i) Kadar bunga semalaman yang ditetapkan oleh kerajaan harus
lebih rendah daripada kadar bunga pasaran. Oleh itu, kadar
16

