Page 19 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi
P. 19

Ekonomi Semester 3  STPM  Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
                               bunga yang dikenakan oleh bank perdagangan terhadap
                               pengguna atau peminjam lebih rendah dari kebiasaannya.                         BAB
                          (ii)  Peminjam dan pelabur cenderung untuk membuat pinjaman
                               dan menambahkan pelaburan.                                                    1
                          (iii)  Kesannya wang yang beredar di pasaran akan bertambah
                               dan kegiatan ekonomi berkembang dan kadar pengangguran
                               dapat dikurangkan.
                      (f)  Kawalan kredit terpilih
                          (i)   Dalam usaha kerajaan mengatasi masalah pengangguran,
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                               bank pusat seharusnya tidak menjalankan dasar diskriminasi
                               dalam menentukan sektor mana yang patut diberikan
                               pinjaman. Sebaliknya semua sektor perlu diberikan
                               pertimbangan untuk mendapatkan pinjaman.
                          (ii)  Jadi apabila perkara ini dilaksanakan, kegiatan ekonomi bagi
                               semua sektor boleh berkembang.
                          (iii)  Kesannya permintaan tenaga buruh bertambah dan kadar
                               pengangguran dapat dikurangkan.
                      (g)  Pujukan moral
                          (i)   Bagi mengatasi masalah pengangguran, bank negara akan
                               mengadakan pertemuan secara langsung dengan pihak
                               bank perdagangan untuk memujuk bank perdagangan agar
                               menyokong usaha dan dasar kerajaan untuk meningkatkan
                               bekalan wang di pasaran.
                          (ii)  Misalnya meluaskan kredit kepda sektor-sektor yang menjadi
                               tumpuan kerajaan, tidak menjalankan diskriminasi terhadap
                               projek-projek tertentu dan memudahkan urusan kredit yang
                               bakal dilakukan oleh peminjam atau pelabur.
                          (iii)  Sektor-sektor ekonomi akan mudah berkembang,
                               penggunaan tenaga buruh bertambah dan kadar
                               pengangguran dapat dikurangkan.
                    3  Menambahkan peluang pekerjaan
                      (a)  Peluang perkerjaan dapat ditambah dengan  mewujudkan
                          peluang-peluang  pekerjaan baharu atau  mengembangkan
                          sektor-sektor ekonomi yang berpotensi.
                      (b)  Misalnya kerajaan membuka tanah baharu untuk pertanian dan
                          penternakan.
                      (c)  Selain itu, kerajaan juga boleh menyediakan  tapak-tapak
                          perindustrian yang baharu dan menyediakan insentif-insentif   Cara mengurangkan
                          tertentu seperti taraf printis dan elaun cukai pelaburan.   pengangguran:
                      (d)  Hal ini bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan sektor   (a) Dasar fiskal mengembang
                          perindustrian malah lebih banyak peluang pekerjaan baharu   (b) Dasar kewangan
                                                                                      mengembang
                          dapat diwujudkan.                                        (c) Menambahkan peluang
                                                                                      pekerjaan
                    4  Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia               (d) Perancangan pembangunan
                      (a)  Perancangan dalam bidang ini penting terutamanya untuk     sumber tenaga manusia
                          menangani masalah pengangguran struktur.                 (e) Kemahiran dan latihan
                                                                                      buruh
                      (b)  Pengangguran struktur wujud akibat daripada kekurangan   (f)  Penyebaran maklumat yang
                          kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam sektor ekonomi   lengkap
                          yang sedang berkembang. Jadi perlunya  perancangan yang   (g) Reformasi tanah
                                                                                   (h) Perancangan keluarga


                                                                                                        17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24