Page 20 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 20

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
            (e)  Di samping itu, Si Bongsu berpandangan jauh. Dia mahu menanam padi di bumi
                kerana mengetahui fungsi padi sebagai sumber makanan utama.
            (f)  Dia  juga  bijak.  Dia  memasukkan  benih-benih padi  ke  dalam  lubang  luka  pada
                tumitnya untuk membawa benih padi itu pulang ke bumi.

          2. Si Sulung
            (a)  Si Sulung abang Si Bongsu.
            (b)  Dia penyayang. Dia sayang akan adiknya, Si Bongsu.
            (c)  Dia juga setia kerana menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.
            (d)  Si Sulung tabah walaupun kakinya cacat.                                     Bab 2
            (e)  Si Sulung juga gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai
                sumber pendapatannya walaupun dia cacat.

          3. Pemilik sawah padi
            (a)  Dia baik hati. Dia melayan tetamunya, Si Bongsu dengan baik. Di samping itu,
                dia menjelaskan  hal  penanaman  padi  kepada  Si Bongsu dan  membenarkan Si
                Bongsu merasa padi di sawahnya.
            (b) Dia  juga  bijak kerana mengetahui  tipu  daya  Si Bongsu  yang  menyembunyikan
                padi di dalam mulutnya untuk membawa padinya ke bumi.
            (c)  Dia juga bertimbang  rasa kerana membebaskan  Si  Bongsu pulang  ke bumi
                selepas menjalani hukuman tertentu.
            (d)  Dia berhati-hati dengan memeriksa seluruh badan Si Bongsu agar Si
                Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.
        Latar
          1. Latar masa
            (a)  Cerita berlaku pada zaman dahulu.
            (b)  Pada suatu hari – Si Bongsu melihat tujuh orang wanita baru selesai
                mandi di kolamnya.
            (c)  Tujuh hari tujuh malam – Si Bongsu mengikut tujuh orang wanita ke
                kayangan selama tujuh hari tujuh malam.
          2. Latar tempat
            (a)  Di kampung – Si Bongsu dan abangnya tinggal di sebuah kampung.
            (b)  Di  kolam  ikan – Si Bongsu  melihat  tujuh  orang perempuan  kayangan  mandi di
                kolamnya.
            (c)  Di kayangan – Si Bongsu makan tanaman padi yang enak rasanya di kayangan.
          3. Latar masyarakat
            (a)  Masyarakat kampung  – Mereka  menyara  hidup  dengan  bercucuk  tanam  dan
                menjaga kolam ikan. Mereka turut mempraktikkan amalan tolong-menolong.
            (b)  Masyarakat kayangan – Tujuh orang wanita yang mandi di kolam ikan Si Bongsu
                tinggal di kayangan.
            (c)  Masyarakat haiwan yang taat – Si Tekuri patuh akan arahan pemilik sawah padi
                untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan tanaman padi di bumi.



 52                                                                                    53






 02a RANGER BM PT3.indd   53                                                      28/06/2019   9:17 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25