Page 50 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 50

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
        Tema
        Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Amir dan Usamah, dua orang anak muda
        yang berwawasan tinggi dan inovatif telah memanfaatkan ilmu pengetahuan yang dimiliki
        dengan menghasilkan mesin 2 dalam  1 yang  berfungsi  sebagai pemotong  rumput dan
        pencangkul tanah. Mereka dibantu oleh Profesor Othman yang terkenal dengan Formula
        Dua  Hukum Popular. Mesin ciptaan mereka itu  telah  digunakan secara  meluas  oleh
        penduduk Kampung Warisan. Kejayaan mereka itu telah membolehkan mereka menerima
        Anugerah Saintis Muda.

        Persoalan
          1. Tanggungjawab melakukan inovasi demi kepentingan masyarakat – Amir              Bab 2
            dan  Usamah  berusaha  untuk mengubah suai mesin rumput terpakai
            bagi memudahkan nenek  mereka dan penduduk  kampung  membajak
            tanah untuk pertanian.
          2. Ketabahan  untuk mencapai  kejayaan  – Amir dan Usamah  tabah
            menghadapi  pelbagai  cabaran  dalam  usaha mencipta  mesin 2 dalam  1
            yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan pencangkul tanah. Apabila
            formula untuk menghasilkan mesin tersebut  hilang, mereka tidak
            berputus asa, sebaliknya terus tabah untuk mendapatkan formula itu
            semula.
          3. Kasih  sayang  nenek kepada  cucu-cucunya  – Nenek sayang  akan Amir
            dan Usamah serta sentiasa menyokong usaha cucu-cucunya itu untuk menghasilkan
            mesin mereka. Nenek sentiasa mahu menggembirakan cucu-cucunya dengan membuat
            kuih kegemaran mereka.
          4. Perasaan cemburu membawa kebinasaan – Aswan cemburu akan Amir dan Usamah
            yang disanjung kerana mahu menghasilkan satu projek yang inovasi. Perasaannya itu
            telah mendorongnya untuk menghasilkan alat ciptaan lain untuk menyaingi mereka
            sehingga sanggup mencuri formula termodinamik dari bilik operasi Amir.
          5. Pentingnya pegangan agama yang utuh – Fikri mempunyai pegangan agama yang utuh.
            Dia menentang Aswan yang mahu memindahkan wang RM1.3 juta daripada Syarikat
            Bahagia, kepunyaan bapa Amir ke dalam akaunnya.
          6. Semangat kerjasama untuk memudahkan pekerjaan – Amir dan Usamah bekerjasama
            bagi menghasilkan alat ciptaan mereka. Hal ini telah memudahkan penciptaan alat
            tersebut.

        Plot
          1. Permulaan
            (a)  Amir  dan Usamah  yang  merupakan pelajar  politeknik balik ke kampung  nenek
                mereka di Kampung Warisan semasa cuti semester.
            (b)  Mereka mahu  menghasilkan mesin pemotong  rumput dan pencangkul  tanah
                untuk kemudahan penduduk kampung itu.

          2. Perkembangan
            (a)  Rancangan Amir  dan Usamah  mahu  menghasilkan  mesin inovasi  itu telah
                mendapat liputan yang meluas daripada media massa.




 82                                                                                    83






 02a RANGER BM PT3.indd   83                                                      28/06/2019   9:17 AM
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55