Page 102 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 102
c) Alatatur faktor kuasa (Power factor regulator )
102
Power Factor Regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah
kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada bila-bila masa. Beban induktif sentiasa
berubah-ubah, oleh itu faktor kuasa juga berubah-ubah.
Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktor kuasa semasa.
Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui
alatubah arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada
fasa merah. Ini adalah beranggapan beban seimbang. Oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah
alatubah arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar.
Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah
voltan talian 400V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan
alatubah arus tadi, iaitu kuning dan biru.
Contoh Power Fector Regulator
yang terdapat dipasaran
d) Pelarasan pembetulan faktor kuasa
Alat ini memerlukan kita menentukan ketetapan pembetulan factor kuasa (target power factor).
Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 0.85 contohnya pada 0.90. Tatahan (Setting) ini perlu
supaya faktor kuasa berada pada ketetapan tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah.
e) Penunjuk lampu / Lampu elektronik LED
Penunjuk lampu atau LED akan menyala mengikut bilangan step yang aktif (energized to the circuit).
Ini penunjuk sahaja, tidak semestinya step tersebut berfungsi sekiranya fius / MCB, kabel, kontaktor
atau kapasitor mengalami masalah.

