Page 101 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 101
101
Power factor
Regulator
Lampu
Penunjuk fasa
100TPN
MCCB
Lampu Penunjuk /
LED bilangan step
Fius
Alat-alat di panel kapasitor bank
a) Alatubah Arus (Current Transformer @ C.T)
Kadar alatubah arus (Current Transformer Ratio) selalunya sama dengan C.T yang digunakan untuk
perlindungan yang juga berpandukan arus yang direka bentuk (design current). Contohnya jika C.T
perlindungan 600/5 maka C.T untuk Power Factor Regulator hendaklah 600/5 juga.
b) Peralatan Suis
Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
1. Arus transient semasa pensuisan.
2. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang
menyebabkan berlakunya arka.
3. Berupaya membawa arus beban penuh.
4. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu.
5. Kehadiran harmonic.
Disebabkan perkara-perkara diatas adalah penting kadar peralatan suis seperti Fius, MCB, MCCB dan
penyentuh mempunyai kadaran arus yang lebih tinggi dari kadaran arus untuk kapasitor. Kebiasaannya
faktor 1.6 digunakan.

