Page 96 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 96
96
PENYELESAIAN:
1. Rujuk semula bagaimana hendak melakukan Prosuder Henti-Tugas.
2. Kenal pasti dahulu beban yang penting dengan menyemak kedudukannya didalam skematik diagram
bilik Papan Suis.
3. Beritahu pihak pengurusan secara lisan bahawa bekalan akan diputuskan.
4. Off kan kesemua beban yang tersambung pada feeder No.1 kecuali beban yang penting tersebut dan
ambil nilai bacaan amp nya. Katakan nilainya adalah 200A.(lihat skematik diagram).
5. Selepas itu, anda perlu kurangkan beban pada feeder No.2 sebanyak nilai yang tadi iaitu 200A atau
lebih sedikit. Semak skematik diagram dan cari beban mana yang tidak penting pada feeder No.2
(tujuan ini adalah supaya ACB pada feeder No.2 tidak trip semasa proses pindah bekalan / switching).
6. Periksa meter amp pada feeder No.2 untuk kepastian. Contohnya telah berkurangan sebanyak 200 amp
menjadi kepada 600 amp. (asal total load amp adalah 800 amp. Lihat skematik diagram). Tujuan ini
dilakukan adalah untuk tidak berlaku beban lampau pada feeder No.2.
7. Tutup sementara beban yang penting tadi. Periksa amp meter pada feeder No.1 untuk memastikan
tiada lagi beban tersambung. Kemudian barulah putuskan bekalan pada ACB No.1.
8. Cabut kunci kait-punca / caster key pada ACB No.1 dan pasang pada Busbar Coupler untuk
menyambungkannya antara dua busbar dari berlainan kemasukan.
9. Sesudah Busbar Coupler di ON kan, barulah anda boleh ON kan semula bekalan yang penting tadi.
Periksa meter pada feeder No.2 menunjukkan penambahan semula beban pada feeder No.2.
10. Maka, kerja-kerja senggaraan ACB pada feeder No.1 bolehlah dilakukan dengan selamat.

