Page 99 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 99
Study case 1
Feeder ‘incoming NO.1’ dan Feeder ‘incoming NO.2’ berkeadaan ON. Busbar coupler berkeadaan
99
OFF. Anda dikehendaki membuat senggaraan Busbar coupler. Terangkan bagaimana langkah-
langkah yang perlu anda ambil untuk melakukan kerja tersebut. Langkah keselamatan perlulah dititik
beratkan.
Study case 2
Feeder ‘incoming NO.1’ dan Feeder ‘incoming NO.2’ berkeadaan ON. Busbar coupler berkeadaan
OFF. Anda dikehendaki melakukan penukaran Busbar coupler yang rosak kepada yang baru.
BUSBAR
COUPLER 1200A
OFF
ACB ACB
1200A 1200A
ON ON
INCOMING FROM TNB 1 INCOMING FROM TNB 2
Penyelesaian.
1. Pastikan dahulu jenis busbar coupler adakah yang dipasang tetap (beroperasi tanpa
beban) atau yang boleh ditarik keluar ( beroperasi dalam keadaan berbeban).
2. Bagi Study case 1, jika Busbar Coupler yang boleh ditarik keluar (jenis ACB) apabila ingin
melakukan senggaraan tiada masalah. Boleh dilakukan sebagaimana kerja-kerja sengaraan
Pemutus Litar Udara (ACB). Maka kedua-dua incoming 1 dan 2 tidak perlu di matikan (OFF).
Begitu juga dengan Study case 2, hanya perlu menukar mengikut spesikafi pembuat dan saiz
kadaran arus.
3. Manakala bagi Busbar Coupler dipasang tetap ( beroperasi tanpa beban) apabila ingin melakukan
senggaraan, perlulah memutuskan bekalan di kedua-dua incoming. Ini kerana terdapat punca
busbar yang terdedah di kiri dan kanan. Dari segi keselamatan, ianya tidak lah sesuai dan ini boleh
melibatkan kehilangan nyawa. Rujuk semula manual bagaimana ingin membuat senggaraan
Busbar Coupler.
4. Untuk Study case 2 bagi Busbar Coupler yang dipasang tetap (beroperasi tanpa beban) juga,
perlulah tiada bekalan di kedua-dua incoming kerana melibatkan sambungan terus dengan unit
busbar yang terdedah. Rujuk semula manual panduan senggara Busbar Coupler yang telah diberi.

