Page 97 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 97

PANDUAN ASAS SENGGARAAN ‘BUSBAR COUPLER’

             ‘Busbar Coupler’ tidak memerlukan senggaraan yang kerap disebabkan ianya hanya digunakan apabila
                                                                                                        97
             diperlukan sahaja. Walaupun begitu, pemeriksaan berkala perlu dijalankan.

             Jenis ‘Busbar Coupler’

             Terdapat berbagai-bagai bentuk ‘Busbar Coupler’, namun ianya terbahagi kepada 2 jenis utama:
                a. Boleh dioperasikan (di‘ON’kan) dalam keadaan berbeban.
                b. Tidak boleh dioperasikan (di‘ON’kan) dalam keadaan berbeban.



             Jenis yang boleh di’ON’kan dalam keadaan beban tersambung pada litarnya adalah dari jenis yang
             mampu menahan percikan arka akibat dari penyambungannya manakala jenis yang tidak boleh
             di’ON’Kan dalam keadaan berbeban tidak mempunyai kemampuan menahan percikan arka.

             Adalah dicadangkan supaya ‘Busbar Coupler’ di’ON’Kan dalam keadaan tanpa beban. Ini adalah
             untuk memanjangkan jangka-hayat dan usianya untuk beroperasi membawa arus dan mengurangkan
             kekerapan senggaraan.

             ‘Busbar Coupler’ biasanya mempunyai empat kutub setiap unitnya untuk menyambungkan setiap
             busbar fasa (R, Y, B) termasuk busbar Neutral.


             Panduan Pemasangan Dan Senggaraan ‘Busbar Coupler’

             1.   Sebelum membuka unit ‘Busbar Coupler’ dari Papan Suis Utama, perlu dipastikan keselamatan
                  secukupnya. Bahagian busbar yang terdedah perlu ditutup dengan penebat atau dilindungi
                  secukupnya bagi mengelakkan tersentuh.
             2.   Jika ‘Busbar Coupler’ dari jenis sambungan terus busbar dengan unitnya, Papan Suis Utama
                  perlu di’OFF’Kan dan dibuang cas serta dibumikan busbarnya sebelum kerja-kerja membuka
                  unit ‘Busbar Coupler’ boleh dilakukan.
             3.   ‘Busbar Coupler’ dari jenis seperti Pemutus Litar Udara (ACB), bolehlah dijalankan kerja-kerja
                  senggaraan dengan mudah seperti kerja-kerja mengeluarkan sebuah Pemutus Litar Udara untuk
                  disenggarakan.



                                                        Busbar coupler yang mempunyai
                                                        archut   memudahkan      kerja-kerja
                                                        senggaraan dibuat. Jenis ini boleh
                                                        dioperasikan dalam keadaan beban
                                                        dan boleh ditarik keluar.







                              ACB 4 kutub yang digunakan sebagai Busbar Coupler
                              atau bus-tie.
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102