Page 17 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 17
• Seorang yang reda dengan ketentuan Tuhan. Doktor Raiha reda menerima kematian Ayu sebagai satu
ketentuan takdir dan berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya.
• Seorang yang pemaaf. Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara tidak langsung dalam
tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar dan insaf akan kesilapan yang
dilakukannya.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
• Seorang doktor pakar bedah berusia 40-an dan pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Dia merupakan anak Datu Ontong dan anak saudara Doktor Sadiz.
• Dia berkahwin dengan seorang wanita yang jelita dan dikenali sebagai Puan Uwang serta mempunyai seorang
anak.
• Dia seorang yang berwajah kacak, memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh, dan mulutnya lebar. Tubuhnya
tegap sasa dan berotot-otot.
• Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang anatomi dan mengajar Doktor Raiha dalam bidang
pembedahan.
• Dia digelar sebagai ‘ahli bongkar pasang’ dalam kalangan pesakitnya kerana kerjayanya sebagai pakar
pembedahan.
• Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu sebelum mengambil keputusan membuka pusat
rawatan sendiri.
• Seorang yang bijak dan berbakat dalam menguruskan perniagaan. Selepas mengambil alih pengurusan PRPK
daripada ayahnya, Doktor Uwang menambah bilangan doktor dan wad. Bangunan diperbesar dan diperindah.
• Seorang yang gigih. Dia gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula daripada pusat rawatan kecil
sehingga menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka.
• Seorang yang tegas. Dia bertegas tidak mahu mempunyai anak lagi sehingga terpaksa dituruti kehendaknya
itu oleh isterinya. Dia juga tegas dengan tindakannya menghantar anak tunggalnya ke asrama penuh sejak
berusia tujuh tahun.
• Seorang yang tidak jujur dalam kehidupannya. Doktor Uwang membelikan peralatan tiruan dan bermutu
rendah khas untuk pesakit golongan menengah bawah dan golongan pertengahan sehingga pesakitnya
mengalami infleksi yang berterusan. Dia juga gemar perfoya-foya dan bertukar-tukar teman wanita di pusat
hiburan sedangkan dia telah berumah tangga. Doktor Uwang juga tidak memberitahu perkara yang sebenar
tentang punca kematian Ayu kepada Doktor Raiha.
• Seorang yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kesusahan pesakitnya. Doktor
Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan perubatan yang diceburinya berbanding dengan
kesusahan yang dihadapi oleh keluarga pesakit untuk membiayai kos rawatan. Sebagai contoh Doktor Uwang
tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Sister Felicia Landosi
• Jururawat yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
• Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Doktor Raiha dan Doktor Sadiz.
• Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya. Tinggal bersama-sama ibu dan
neneknya di muara sungai.
• Dia bermata merah dan bersifat pendiam.
• Dia mengalami tekanan perasaan yang kritikal sejak pada zaman kanak-kanak lagi.
• Seorang yang tidak bertanggungjawab. Felicia memasuki ruang farmasi PRPK untuk mengambil ubat batuk
secara diam-diam bagi mengurangkan tekanan yang dihadapinya.
• Seorang yang tidak rasional dalam mengambil tindakan. Dia mengambil ubat batuk untuk mengatasi tekanan
perasaan yang dihadapinya.
• Seorang yang bersikap kasar dan cepat marah. Felicia telah menengking ibu Unong Siron ketika dia bertugas
di wad yang menempatkan Unong Siron.
• Seorang yang keras hati. Felicia tidak menerima nasihat Doktor Raiha yang menegur tindakannya melayan
ibu Unong Siron dengan kasar.
• Seorang yang cemburu. Felicia berasa cemburu apabila melihat kemesraan Doktor Mohammad dengan Ariana
Abdullah.
17 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

