Page 18 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 18

•  Seorang yang tidak jujur. Dia merahsiakan punca kematian anak Doktor Raiha meskipun mengetahui perkara
                  itu dan terlibat secara tidak langsung.
               •  Sedia mengakui kesalahan diri.  Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya dan meminta maaf daripada Doktor
                  Raiha serta berterus terang kepadanya.

               Doktor Sadiz

               •  Suami Doktor Raiha dan ayah kepada Ayu (Rohayu binti Sadiz)
               •  Adik bongsu kepada Datu Ontong iaitu bapa saudara kepada Doktor Uwang
               •  Doktor Sadiz berusia lebih lanjut berbanding bapa Doktor Raiha.
               •  Sebelum berkahwin dengan Doktor Raiha, Doktor Sadiz duda beranak dua.
               •  Seorang pakar perunding pembedahan dan pakar bedah otak.
               •  Seorang yang kelihatan budiman tetapi dilabelkan sebagai seorang lelaki yang angkuh oleh ayah Raiha.
               •  Seorang  yang  tidak menerima  takdir.  Dia  menyuruh  Doktor  Raiha menggugurkan kandungannya apabila
                  mengetahui bayi yang bakal dilahirkan itu tidak normal.
               •  Seorang yang mementingkan status diri dan tidak mempunyai perasaan kasih sayang. Dia bercadang
                  menghantar Ayu ke pusat rawatan khas kanak-kanak Sindrom Down kerana tidak dapat menerima anak yang
                  cacat.
               •  Seorang  pemarah  dan  panas  baran.  Doktor  Sadiz  bertindak  membakar  kereta  Porsche  miliknya  di
                  perkarangan  rumah  tumpangan  akibat  perasaan  marahnya  terhadap  Doktor  Raiha  yang  melarikan  diri
                  bersama-sama anak mereka sehari sebelum dia menghantar anaknya itu ke pusat rawatan khas bagi kanak-
                  kanak sindrom Down.
               •  Seorang yang pendendam. Dia mendendami Doktor Raiha yang tidak mahu menggugurkan kandungannya
                  dan bertekad tidak akan menceraikan Doktor Raiha sampai bila-bila.
               •  Doktor Sadiz meninggal dunia akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
                  Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.


               Unong Siron
               •  Seorang pesakit yang menghidap penyakit sendi tulang pinggul dan sedang dirawat di PRPK.
               •  Berasal  dari  keluarga  berpendapatan  sederhana  atau  lebih  ke  bawah  namun  mampu  untuk  berusaha
                  menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
               •  Seorang gadis remaja yang masih bujang, beramput panjang, kurus cengkung dan sepucat mayat.
               •  Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu tetapi kini menjadi seorang yang pendiam.
               •  Seorang  yang  penyabar.  Unong  Siron  sabar  menerima  rawatan  penggantian  sendi  pinggulnya  walaupun
                  terpaksa menjalani pembedahan sebanyak enam kali.
               •  Seorang yang bijak. Dia seorang yang bijak dalam pelajaran dan mempunyai lulusan sarjana dengan bantuan
                  biasiswa kerajaan pusat dan bakal melanjutkan pelajaran pengajian luar negara.

               Ayah Raiha

               •  Seorang doktor pakar bedah di hospital kerajaan.
               •  Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
               •  Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
               •  Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama
                  sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
               •  Menentang keputusan Doktor Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh dan lebih
                  berusia daripadanya.
               •  Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
               •  Sudah meninggal dunia.


               Rohayu ( Ayu )
               •  Nama sebenarnya Rohayu binti Sadiz.
               •  Menghidap penyakit sindron Down.

               18 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23