Page 21 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 21

12.  Bilik Pejabat Doktor Raiha
                   o  Doktor Raiha  memanggil Felicia Landosi di pejabatnya bagi membincangkan peristiwa Felicia memarahi
                      ibu Unong Siron di wad yang dihuni oleh Unong Siron.

               13.  Daerah Inanam
                   o  Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah di daerah tersebut.
                   o  Felicia, ibu dan neneknya tinggal di muara sungai di daerah tersebut.

               14.  Hospital Kinabalu
                   o  Setelah tamat belajar dalam bidang perubatan, Doktor Raiha bertugas di Hospital Kinabalu. Di situ juga
                      dia bertemu dengan Doktor Sadiz dan mereka berkahwin.

               15.  Di Rumah Bapa Doktor Raiha
                   o  Bapa Doktor Raiha tidak bersetuju dia memilih bidang perubatan kerana akan kehilangan masa untuk
                      bersama-sama keluarga. Bapanya juga membantah Doktor Raiha yang ingin berkahwin dengan Doktor
                      Sadiz.

               16.  Lif Kondominium Doktor Raiha
                   o  Doktor  Raiha  bergelut  dengan  Doktor  Sadiz  yang  cuba  mencekik  lehernya  akibat  keengganannya
                      mengugurkan janin dalam kandungannya.

               17.  Kelab Malam Eksekutif
                   o  Doktor Uwang sering pergi ke kelab tersebut uutuk berfoya-foya dan menenangkan fikirannya.

               18.  Persimpangan lampu isyarat
                   o  Kereta mewah Doktor Sadiz melanggar belakang lori tangki minyak hingga mengorbankan nyawanya.

               19.  Hospital Kinabalu
                   o  Tempat  Doktor  Raiha  dan  Doktor  Sadiz  sama-sama  berkhidmat  sebelum  Doktor  Raiha  berhujrah  ke
                      PRPK.
                   o  Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat



               Latar Masa

               1.   Hampir sepuluh tahun
                   •  Doktor Raiha berkahwin dengan Doktor Sadiz hampir sepuluh tahun.
                   •  Doktor Mohammad menyertai PRPK dan menarik perhatian Felicia. (hal. 12)

               2.   Musim kemarau panjang
                   •  Hampir  semua  peristiwa  dalam  novel  ini  berlaku  pada  musim  kemarau  panjang  yang  sesuai  dengan
                      paparan konflik yang dialami oleh watak yang terlibat.
                   •  Felicia memberikan alasan cuaca panas pada musim kemarau menyebabkan kulit wajahnya kuning pucat
                      sewaktu ditegur oleh seorang datin yang menjalani rawatan D&C di PRPK.

               3.   Tahun Pertama di universiti
                   •  Doktor Uwang menjadi guru demonstrator kepada Raiha dalam bidang anatomi semasa raiha menjadi
                      siswi tahun pertama. (hal. 4)

               4.   Enam bulan
                   •  Doktor Raiha baru enam bulan bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)

               5.   Pada waktu petang
                   •  Doktor Uwang berhalangan untuk ke PRPK untuk membedah Unong Siron. (hal. 3)
                   •  Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan
                      itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.

               6.   Pada Waktu Malam
                   •  Doktor  Uwang  ternampak  seorang  kanak-kanak  perempuan  berdiri  tegak  di  bawah  cahaya  lampu  di
                      halaman banglonya pada waktu malam.
                   •  Doktor  Uwang  kelab  malam  eksekutif  bagi  menenangkan  fikirannya  yang  ditujah  dengan  suara  dan
                      gambaran kanak-kanak mirip wajah anak perempuan Doktor Raiha.
                   •  Doktor  Raiha  teringat  akan  Doktor  Sadiz  yang  menyuruhnya  menguggurkan  kandungannya  sewaktu
                      berada di dalam lif kondominiumnya.
                   •  Kereta Porshe milik Doktor Sadiz terbakar di tepi rumah tumpangan dan turut menyebabkan kematian
                      anaknya, Rohayu. (hal. 136)


               21 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26