Page 41 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 41
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
NILAI
• Kasih sayang. Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun
demi kasih sayangnya kepada keluarga.
• Ketabahan. Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup
semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis
• Tanggungjawab. Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan
Booth sekeluarga pulang ke England akibat kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
• Kerajinan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya
menjawat jawatan wartawan. Penduduk kampung rajin mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan
keledek.
• Cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat patriotisme yang
tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris
dan komunis.
• Kepatuhan. Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat
berjamaah.
• Berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan penduduk kampung.
• Kerjasama. Penduduk kampung dan Tuan Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung
kerana mencari Ahmad Mutawakkil.
• Keberanian. Ahmad Mutawakkil berani menyampaikan pidato kemerdekaan kepada penduduk kampung.
• Hormat-menghormati. Tuan Booth hormat akan budaya penduduk tempatan.
• Kesyukuran. Penduduk kampung berasa bersyukur kerana kawasan mereka terpencil dan tidak menjadi
sasaran peperangan.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah saling menghormati sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan keharmonian hidup.
Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai
semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk kampung.
• Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga. Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya
berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga.
• Kita hendaklah tabah dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang. Masyarakat
kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
keganasan komunis
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap anak buah. Imam Ngah Deraman mengambil Ahmad
Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga pulang ke England akibat kedatangan
Jepun ke Tanah Melayu.
• Kita hendaklah pentingkan ilmu pengetahuan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan
Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan.
• Kita hendaklah cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang
panjajahan Inggeris dan komunis.
• Kita hendaklah patuh akan perintah Tuhan. Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung Ahmad
Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
• Kita hendaklah berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan
penduduk kampung.
• Kita hendaklah saling bekerjasama demi menjayakan sesuatu tindakan. Penduduk kampung dan Tuan
Booth bekerjasama meredah belukar di seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.
azan ab latif GCBM KVWT 41

