Page 40 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 40

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               LATAR

               Latar Masa
               •  Zaman penjajahan – Inggeris  menjajah Tanah Melayu.
               •  Zaman pendudukan Jepun –Jepun menakluki Tanah Melayu dengan melakukan pelbagai kezaliman.
               •  Zaman darurat – Komunis bermaharajalela di seluruh negara sehingga diisytiharkan perintah darurat.
               •  Zaman selepas merdeka – Sandra kembali ke kampung itu selepas setahun negara ini merdeka.
               •  Tiga generasi yang lalu – Perkampungan Ahmad Mutawakkil diteroka oleh penduduk kampung.
               •  Malam  –  waktu  yang  sering  menjadi  tumpuan  Imam  Ngah  Deraman  dan  Penghulu  Ibrahim  Sigap
                  membincangkan berita yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil.
               •  Malam, hari Jumaat bulan Ogos 1953 - Waktu Ahmad Mutawakkil datang ke surau dalam keadaan cedera
                  parah dan menghembuskan nafas terakhir.
               •  Tengah hari – Ahmad Mutawakkil tiba di kampung.
               •  Tahun  1941  -  tentera  Jepun  menjajah  Tanah  Melayu  dan  Tuan  Booth  keluar  dari  banglonya  untuk
                  menyelamatkan diri.
               •  31 ogos 1957 - Penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara dan
                  mengadakan tahlil untuk Ahmad Mutawakkil.

               Latar Tempat
               •  Surau kampung – Tempat penduduk kampung menunaikan solat berjemaah.
               •  Banglo Tuan Booth – tempat Tuan Booth sekeluarga tinggal. Juga tempat Ahmad Mutawakkil menumpang
                  nasib.  Selain itu, pengganas komunis menyerbu banglo tersebut, mengugut Tuan Booth dan merompak.
               •  Estet Ephill dan Estet Sungai Siput  – Tiga serangan berkembar yang mengorbankan tiga orang pengurus
                  Inggeris.
               •  Bandar  -  Ahmad  Mutawakkil  berkerja  di  bandar  sebagai  pembaca  dan  penulis  surat  Inggeris  kepada
                  penentang Jepun
               •  England -  Tempat asal keluarga Tuan Booth.

               Latar Masyarakat
               •  Masyarakat petani. Penduduk kampung menanam pisang, ubi kayu dan keledek.
               •  Masyarakat peneroka Inggeris. Tuan Booth datang ke kampung itu lalu membuka estet getah
               •  Masyarakat  yang  bersikap  baik  sesama  manusia.  Ahmad  Mutawakkil  mempunyai  hubungan  yang  baik
                  dengan keluarga Tuan Booth walaupun mempunyai semangat antipenjajah. Tuan Booth juga mempunyai
                  hubungan yang baik dengan penduduk kampung.
               •  Masyarakat  yang  sayang  akan  ahli  keluarga.  Tuan  Booth  bertindak  membawa  semua  ahli  keluarganya
                  berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga.
               •  Masyarakat  yang  tabah  dalam  mengharungi  pelbagai  kesusahan  semasa  zaman  perang.  Masyarakat
                  kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan
                  keganasan komunis
               •  Masyarakat  yang  bertanggungjawab  sebagai  pemimpin.  Imam  Ngah  Deraman  mengambil  Ahmad
                  Mutawakkil sebagai anak angkatnya setelah Tuan Booth sekeluarga  pulang ke England akibat kedatangan
                  Jepun ke Tanah Melayu.
               •  Masyarakat yang pentingkan ilmu pengetahuan. Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan
                  Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan.
               •  Masyarakat yang cinta akan tanah air. Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat
                  patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang
                  panjajahan Inggeris dan komunis.
               •  Masyarakat  yang  patuh  akan  perintah    Tuhan.  Imam  Ngah  Deraman  dan  penduduk  kampung    Ahmad
                  Mutawakkil sentiasa ke surau untuk solat berjamaah.
               •  Masyarakat yang berbudi bahasa. Tuan Booth dan keluarganya amat mesra dan berbudi bahasa dengan
                  penduduk kampung.
               •  Masyarakat yang kejam dan zalim. Kumpulan komunis yang bertindak kejam terhadap sesiapa sahaja yang
                  menentang perjuangan mereka.
               •  Masyarakat  yang  bekerjasama.  Penduduk  kampung  dan  Tuan  Booth  bekerjasama  meredah  belukar  di
                  seluruh pelosok kampung kerana mencari Ahmad Mutawakkil.

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45