Page 44 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 44
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
Aiman Aqil
• Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.
• Seorang yang berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan runcing.
• Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaiut Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah .
• Seorang yang bercakap gagap. Aiman sukar bertutur. Mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-
kata.
• Seorang yang pintar. Aiman seorang murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek
Matematik dan Sains sehingga digelar profesor kerana mempunyai IQ yang tinggi.
• Seorang yang bersikap degil dan keras hati. Aiman tidak mengendahkan teguran guru apabila mengganggu
rakan-rakannya di kelas.
• Seorang yang bongkak akan kepintarannya. Dia sering menyindir adik-adik dan rakannya ketika mereka
membuat kerja sekolah.
• Seorang yang suka memberotak. Aiman suka memberontak kerana pelajaran yang tidak mencabar dan
tertekan dengan sikap dan layanan bapanya yang garang.
• Seorang yang pendendam. Aiman menyimpan dendam terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
• Seorang yang bercita-cita tinggi. Aiman bercita-cita tinggi iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi
seorang angkasawan seperti Neil Armstrong.
• Seorang yang suka berhalusinasi. Aiman membayangkan dirinya seorang angkasawan yang berjaya.
• Seorang yang berfikiran rasional. Aiman berazam untuk merawat masalah gagapnya dengan kekuatan diri
dengan menggunakan kaedah Paul Broca tanpa mengharapkan bantua ibu bapanya.
Bapa Aiman
• Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
• Dia dipanggil dengan gelaran “babah” oleh Aiman dan adik-adiknya.
• Seorang yang bertanggungjawab. Bapa Aiman berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.
• Seorang yang tegas. Bapa Aiman pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan
kenakalan anaknya itu.
• Seorang yang penyayang. Bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.
Ibu Aiman
• Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
• Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
• Seorang yang penyayang. Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
• Seorang yang taat dan patuh akan suami. Ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
• Seorang yang penyabar. Ibu Aiman tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.
Cikgu Faridah
• Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
• Seorang yang dedikasi. Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.
• Seorang yang cepat marah. Cikgu Faridah rasa tercabar apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang
diajarinya dengan kuasa Tuhan.
• Seorang yang bijak melihat potensi murid. Cikgu Faridah bijak mengesan potensi Aiman dan menggelarnya
sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.
azan ab latif GCBM KVWT 44

