Page 45 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 45

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               LATAR

               Latar Tempat
               •  Lereng cerung bukit – Aiman berimaginasi di banglonya dan melihat lereng bukit di hadapannya musnah
                  ditarah dan digondol.
               •  Dalam kelas – Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti.
               •  Rumah keluarga Aiman - Aiman mengganggu adik-adiknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah
                  juga Aiman dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.
               •  Atas pokok kelapa – tempat Aiman berangan-angan terbang ke angkasa.
               •  Planet bulan  –ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya sampai di bulan setelah berlepas dari
                  Stesen Angkasa Antarabangsa.


               Latar Masa
               •  Zaman moden – sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan
                  ujian.
               •  Waktu tengah hari – Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari.
               •  Ketika berusia lapan tahun – Aiman mengatakan kepada ayahnya yang dia budak genius.
               •  Waktu siang – Aiman mendongak ke langit dan ternampak awan berarak.
               •  Zaman remaja – zaman persekolahan  Aiman, adik-adiknya dan rakan-rakannya yang lain.
               •  Sepanjang minggu – tempoh Aiman ponteng kelas kerana lebam-lebam di pinggul.


               Latar Masyarakat
               •  Masyarakat yang meminati bidang aeroangkasa. Contohnya, Aiman sangat meminati bidang angkasa lepas
                  dan sering berimaginasi menjadi seorang angkasawan.
               •  Masyarakat  golongan  ibu  bapa  yang  berpendidikan  tinggi.  Contohnya,  Babah  mempunyai  pendidikan
                  berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman seorang saintis dalam bidang geologi.
               •  Masyarakat  remaja  yang  pintar  dan  bercita-cita  tinggi.  Contohnya,  Aiman  Aqil  murid  yang  pintar  dan
                  mempunyai cita-cita menjadi seorang angkasawan.
               •  Masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Contohnya, Cikgu Faridah yang bekerja sebagai guru
                  mendidik murid-muridnya dengan dedikasi.
               •  Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contohnya,  Babah menegur Aiman apabila mengganggu adik-
                  adiknya membuat kerja sekolah. Babah juga marah kepada Aiman yang ponteng sekolah.
               •  Masyarakat golongan ibu bapa yang tegas mendidik anak. Contohnya, Bapa Aiman tegas menjaga disiplin
                  anak-anaknya dengan memukul Aiman kerana suka melawan dan memberontak.
               •  Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya,
                  iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
               •  Masyarakat  yang  bijaksana   dalam  menyelesaikan  sesuatu  masalah.  Contohnya,  Aiman  boleh
                  menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.
               •  Masyarakat yang berdedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Contohnya, Cikgu
                  Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya
               •  Masyarakat  yang  bertanggungjawab  terhadap  aspek  kesihatan  ahli  keluarga.  Contohnya,  Bapa  Aiman
                  berusaha  merawat  kegagapan  anaknya  dengan  membawa  Aiman  menjalani  latihan  intensif  dan  latihan
                  terapi.
               •  Masyarakat yang bongkak akan kepintaran diri. Contohnya, Aiman sering menyindir adik-adik dan rakannya
                  ketika mereka membuat kerja sekolah.
               •  Masyarakat  yang  pedendam.    Contohnya,  Aiman  menyimpan  dendam  terhadap  bapanya  yang  sering
                  merotan dan menamparnya.
               •  Masyarakat yang rasional dalam mengambil sesuatu tindakan. Contohnya, Aiman berazam untuk merawat
                  masalah gagapnya dengan kekuatan diri dengan menggunakan kaedah Paul Broca tanpa mengharapkan
                  bantua ibu bapanya.





                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50