Page 48 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 48
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar
Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalin, dopamine, serta atropine yang masih merangsang
denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima
pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup
menanggung segala risiko atas tindakannya itu. Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu
menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang
boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam Tuan
Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan
kadar penggunaa adrenalina, dopamine dan atropine. Namun demikian, Tuan Besar Musa yang sedang tenat
dan koma itu gagal di selamatkan. Profesor Doktor Juaidi berasa amat kesal kerana Tuan Besar Musa mati
sebelum dia sempat menderma RM100 ribu untuk jamuan akhir tahun. Doktor Murni datang dan memberikan
surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu. Dia tidak sanggup berhadapan dengan
sikap Profesor Doktor Juaidi yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Profesor Doktor Juaidi
tercengang dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni yang berasa puas dengan tindakan tersebut mengajak
Nusia ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang
sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.
TEMA
Kepentingan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga berlakunya pengabaian nilai-nilai kemanusiaan.
Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar
Musa banyak memberikan sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai
lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.
PERSOALAN
• Persoalan sikap materialistik sesetengah ahli masyarakat.
Profesor Doktor Juaidi sangat berbangga akan kekayaan dan status Tuan Besar Musa hingga lebih
mementingkan sumbangan RM100 ribu daripada tokoh korporat itu berbanding orang lain.
• Persoalan pelanggaran etika kerja.
Profesor Doktor Juaidi melanngar etika kerja sebagai doktor apabila dia tidak berlaku adil terhadap pesakit.
• Persoalan tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas.
Nusia dan Doktor Murni berusaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit di hospital.
• Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.
Tuan Besar Musa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan
juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.
• Persoalan protes kakitangan bawahan terhadap ketua yang tidak adil.
Nusia memprotes tindakan Profesor Dr. Juaidi yang lebih mementingkan Tuan Besar Musa berbanding
pesakit lain.
• Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.
Tuan Besar Musa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk
merawat mereka.
• Persoalan sikap buruk sesetengah ahli korporat.
Tuan Besar Musa seorang ahli korporat yang kaya dan berjaya mempunyai sikap buruk. Dia gemar meminum
arak dan gagal mendidik dua orang anaknya sehingga terlibat dengan najis dadah.
azan ab latif GCBM KVWT 48

