Page 108 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 108
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
berpuashati pampasan wang tidak dapat memberikan relif yang mencukupi. Remedi ini hanya akan
diberi kepada kontrak harta tidak alih seperti tanah dan pajakan tanah serta barang-barang tertentu
yang sukar didapati di pasaran seperti saham, buku-buku antik dan barang antik.
Contoh : A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu.
Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama
kepada B, dan B boleh menguatkuasakan perlaksanaan spesifik kewajipan ini.
v. Quantum Meruit
Pihak yang teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam
kontrak itu yang dikenali sebagai quantum meruit (sejumlah yang perlu diperolehnya). Jika suatu
pihak enggan meneruskan sesuatu kontrak, maka pihak yang satu lagi boleh memperoleh bayaran bagi
kerja yang telah dilakukannya.
Contoh : Dalam kes Planche lwn Colburn, P bersetuju menulis dalam majalah yang diterbitkan oleh C
dengan bayaran $100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan
majalah itu. Dalam hal ini mahkamah memutuskan P berhak mendapat bayaran bagi tulisan yang
telah dibuatnya itu.
Rujukan Kes Perniagaan 1. Tan Geok Khoo &Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd (1988)2MLJ672
i. Elemen Perkaitan kes
Kes ini berkaitan dengan elemen utama dalam kontrak iaitu eleman tawaran
ii. Isu Utama kes
Adakah terbatal kontrak jual beli tanah seluas 20 ekar selepas plantif gagal membayar mengikut
tempoh yang ditetapkan
iii. Fakta Kes
Plantif telah membayar sebanyak RM 6000 sebagai deposit kepada defenden untuk kontrak jual
MUKA SURAT 247

