Page 104 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 104

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                     Contoh,    jika  A  mendapat  maklumat  tentang  pembangunan  sesuatu  tempat  menjelang  5  tahun
                                                      akan datang telah berjumpa dengan B yang memiliki tanah dikawasan tersebut dan mendesak B
                                                      hingga  bersetuju    untuk  menjual  tanah    tersebut  kepada  A.  Oleh  itu  wujud  unsur  tipuan  dan
                                                      kontrak boleh dibatalkan atas opsyen B


                                               5.  Khilaf
                                                     Jika kedua-dua pihak dalam kontrak itu silap tentang sesuatu fakta yang mustahak bagi kontrak
                                                      tersebut.

                                                      (a) Sesuatu perjanjian itu boleh batal atas alasan khilaf, jika khilaf itu berlaku disebabkan oleh
                                                          kedua-dua  pihak  yang  berkontrak,  jika  satu  pihak  sahaja  yang  melakukan  khilaf  atau
                                                          melakukan khilaf tentang fakta penting maka perjanjian tesebut  tidak akan menjadi batal.
                                                          o  Kedua-dua pihak silap fakta tentang perkara pokok dalam kontrak.
                                                          o  Contoh  kes Raffles lwn Wichelhaus, W bersetuju  menjual  kapas  yang  diangkut  dengan
                                                              kapal  Peerless  dari  Bombay  pada  bulan  Oktober  manakala  R  bersetuju  membeli  kapas
                                                              yang  diangkut  pada  bulan  Disember.  Maka  terdapat  kesilapan  fakta  tentang  bulan
                                                              pengangkutan kapal.

                                                      (b) Khilaf yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkontrak itu mestilah terhadap sesuatu fakta
                                                          yang penting di dalam kontrak, yang bermaksud perkara  pokok ataupun terma yang mustahak
                                                          dalam perjanjian tersebut.

                                                          o  Dalam kes Couturier vs(lwn). Hastie  (1852) 8 Exch. 40, A dan B memasuki perjanjian
                                                              penjualan  jagung.  Kedua-dua  pihak  menjangkakan    jagung  itu  dalam  pelayaran  dari
                                                              Salonica ke England. Tanpa  diketahui oleh mereka, jagung itu telah dijual di pelabuhan
                                                              Tunis  kerana  tempat  simpanan  jagung  terlampau  panas    dan  jagung  itu  telah  rosak.
                                                              Mahkamah memutuskan bahawa  kontrak yang sah antara A dan B tidak wujud kerana
                                                              mereka khilaf tentang kewujudan perkara itu.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 243
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109