Page 103 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 103
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Pengenalan Undang-undang 3. Salahnyataan
Kontrak (DBP)
(Abdul Aziz Hussin) Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang yang lain
untuk memasuki kontrak.
Berdasarkan kepada seksyen 18 Akta Kontrak mentakrifkan salah nyata sebagai;
18(a), “ Ketegasan positif … yang tidak benar tetapi dipercayai benar,
18(b), “Mana-mana pelanggaran kewajipan yang, tanpa niat menipu, memberi satu kelebihan kepada
orang yang melanggarnya….
18(c), “menyebabkan, walaupun dengan ikhlas, satu pihak berkontrak membuat kesilapan tentang
keadaan benda yang menjadi pokok perjanjian itu.”
Contohnya A dan B terlibat dengan perjanjian jual beli ladang ternakan yang pada hakikatnya A
sendiri tidak pernah memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. A telah menyakinkan B bahawa
ladangnya mencukupi untuk menampung sejumlah 2000 ekor ternakan.
4. Frod/tipuan (Seksyen 17)
Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak lain dengan cara menyembunyikan fakta
penting, menyakinkan sesorang fakta yang tidak benar dan sebagainya.
Perbuatan yang disifatkan sebagai frod;
i. Satu saranan mengenai suatu fakta yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai sebagai tidak benar;
ii. Menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai kebenaran fakta itu;
iii. Membuat janji tanpa sebarang niat untuk menepati janji itu;
iv. Mana-mana perbuatan lain yang sesuai untuk tujuan memperdaya;
v. Mana-mana perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-
undang sebagai tipu.
MUKA SURAT 242

