Page 107 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 107

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
              Akta Kontrak 1950 (ILBS)         ii.  Gantirugi

                                                   Bertujuan  untuk  membolehkan pihak  yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapat  pampasan.
                                                   Gantirugi  ini  meletakan  pihak  yang  menanggung  kerugian  pada  tempat  yang  sepatutnya  ia  berada
                                                   sekiranya tidak berlaku perlanggaran kontrak.
                                                   Contoh : A berkontrak untuk membaiki rumah B dengan cara tertentu, dan telah mendapat bayaran


                                                   terlebih  dahulu.  A  membaiki  rumah  itu  tetapi  tidak  mengikut  kontrak.  B  berhak  mendapat  balik
                                                   daripada A harga untuk membaikinya selaras dengan kontrak itu.



                                               iii. Injuksi

                                                   Satu remedi di bawah undang-undang ekuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi mengekalkan
                                                   `status quo’ sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh. Remedi yang berbentuk arahan mahkamah
                                                   supaya defenden membetulkan tingkahlakunya yang menjadi punca kemungkiran. Terbahagi kepada
                                                   dua ;
                                                   i.     Injuksi Positif adalah satu perintah mengkehendaki seseorang melakukan sesuatu


                                                   ii.    Injuksi  Negatif  pula  adalah  satu  perintah  melarang  (restraining  orfer)sesuatu  pihak  dari
                                                          melakukan  sesuatu  atau  melakukan  sesuatu  seperti  melaksanakan  janji  dalam  kontrak
                                                          perkhidmatan.

                                                   Contoh : A seorang penyanyi berkontrak dengan Syarikat rakaman B untuk selama setahun dan dalam
                                                   kontrak perjanjian tersebut  A tidak boleh mengikat kontrak dengan syarikat rakaman lain. A telah
                                                   mungkir  janji  dan  Syarikat  Rakaman  B  boleh  mendapatkan  remedi  berbentuk  Injuksi  untuk
                                                   menghalang A dari mengikat kontrak dengan pihak lain semasa berkontrak dengan Syaikat Rakaman
                                                   B.

                                               iv.  Perlaksanaan Spesifik

                                                   Perintah mahkamah kepada satu pihak untuk melaksanakan obligasinya seperti mana yang terdapat
                                                   dalam  kontrak.    Remedi  ini  bergantung  kepada  budi  bicara  mahkamah  sekiranya  mahkamah
                                                                                                                                           MUKA SURAT 246
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112