Page 106 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 106
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Dengan kekecewaan kontrak
Bermaksud sesuatu kontrak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang selepas kontrak dibuat,
menjadi mustahil atau oleh sebab peristiwa tertentu yang tidak dapat dihalang oleh pejanji, menjadi
batal apabila perbuatan itu menjadi mustahil atau tidak sah. Kekecewaan kontrak berlaku kerana
terdapat perubahan undang-undang, perkara penting dalam kontrak musnah, berlaku kematian atau
ketidakupayaan pihak yang berkontrak dan jika terdapat perubahan keadaan yang diluar dugaan pihak
yang berkontrak.
Contoh : Dalam kes Taylor Iwn Caldwell,102 Calder telah menyewakan dewan muziknya kepada
Taylor beberapa hari. Dewan itu telah terbakar sebelum Taylor mengadakan konsert. Mahkamah
memutuskan bahawa kontrak itu dilepaskan kerana perkara penting (iaitu dewan) telah musnah,
menyebabkan kontrak itu kecewa.
v. Dengan penguatkuasaan undang-undang
Apabila suatu kontrak dibuat dan disebut tempoh kontrak itu perlu dilaksanakan, maka selepas tamat
tempoh (melampaui) kontrak itu dilepaskan. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah mengakhiri had
masa (luput).
Contoh : A berkontrak dengan B bahawa A akan menyewa kereta B dari 1 Januari 2005 hingga 30
Jun 2005. Ini bermakna selepas 30 Jun 2005, kontrak itu telah luput dan boleh dilepaskan.
5. Remedi
Pemulihan atau tuntutan ke atas kemungkiran sesuatu kontrak .
Bentuk remedi iaitu:
i. Penamatan kontrak
Pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan kontrak dan seterusnya enggan
melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak.
MUKA SURAT 245

