Page 105 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 105

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            4.  Pelepasan Kontrak

                                               Bermaksud keadaan kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan

                                               i.  Perlaksanaan syarat kontrak
                                                   Iaitu apabila setiap pihak memenuhi sepenuhnya tanggungjawab yang dinyatakan dalam kontrak. Ini
                                                   bermaksud jika satu pihak sahaja  yang memenuhi tanggungjawab, sedangkan satu pihak lagi tidak
                                                   memenuhinya, maka pelepasan tidak dapat dilaksanakan.
                                                   Contoh : A berkontrak dengan B untuk membeli rumah  B dengan harga RM200,000. A membuat
                                                   pembayaran  kepada  B  dan  B  bersetuju  untuk  menjual  rumahnya  kepada  A.  Apabila  selesai
                                                   perlaksanaan syarat-syarat kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.

                                               ii.  Dengan persetujuan pihak yang berkontrak

                                                   Seksyen 63 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak dalam kontrak bersetuju
                                                   menggantikan  sesuatu  kontrak  dengan  kontrak  yang  baharu,  atau  bersetuju  membatalkan  atau
                                                   meminda kontrak, maka kontrak asal tidak perlu dilaksanakan.
                                                   Contoh  :  A  dan  B  berkontrak  untuk  menjalankan  projek  perniagaan  bersama  untuk  tempoh  masa
                                                   tertentu. A dan B kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan kontrak tersebut, maka jika kedua-
                                                   duanya bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh dilepaskan.

                                               iii. Dengan kemungkiran kontrak
                                                   Apabila suatu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang dijanjikan, maka pihak
                                                   yang satu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut.
                                                   Contoh  :    A    seorang  penyanyi,  membuat  kontrak  dengan  B,  seorang  pengurus  panggung,  untuk
                                                   menyanyi di panggungnya dua malam seminggu selama dua bulan yang akan datang,dan B berjanji

                                                   membayarnya RM100 bagi setiap pertunjukan setiap malam. Pada malam keenam, A dengan sengaja
                                                   tidak datang ke panggung itu. B adalah bebas untuk menamatkan kontrak itu.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 244
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110