Page 124 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 124

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             TAJUK
             HASIL PEMBELAJARAN                                                            HURAIAN
             RUJUKAN
             8.0  KEMAHIRAN KOMUNIKASI
                 8.1 Komunikasi
             8.1.1 Proses Komunikasi        Maksud kemahiran komunikasi:
                                              Satu  proses  menghantar  dan  menerima  idea  atau  maklumat  (proses  pertukaran)  antara  individu  atau
                  a) Menjelaskan               kumpulan manusia melalui media tertentu.
                     maksud kemahiran
                     komunikasi.            Proses Komunikasi

                     Griffin ( 2011 )

                  b) Menerangkan proses
                     komunikasi yang
                     meliputi penghantar,                                          Rajah: Proses Komunikasi.
                     enkod, saluran,        1.  Penghantar
                     dekod, penerima dan         Pengirim  ialah  sesiapa  sahaja  yang  mempunyai  idea  dan  maklumat  yang  ingin  disampaikan  dan
                     maklum balas.                dikongsi dengan pihak lain (penerima).
                                                 Pengirim adalah punca sesuatu mesej. Keberkesanan pengiriman mesej bergantung kepada keupayaan,
                     Griffin, (2011)
                                                  personaliti, tujuan komunikasi dan juga bagaimana pandangan orang lain terhadap penyampai.

                                            2.  Enkod
                                                 Proses menukarkan mesej kepada simbol-simbol ataupun bahasa yang mudah difahami.
                                                 Dipengaruhi oleh kepakaran, sikap dan pengetahuan serta budaya sesebuah organisasi.

                                            3.  Saluran
                                                 Laluan atau platform di mana mesej bergerak dari pengirim kepada penerima.
                                                 Pemilihan  media  (surat,  memo,  perbualan,  e-mail,  gambar,  gerakan  badan  dan  sebagainya)  sebagai

                                                                                                                                           MUKA SURAT 263
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129