Page 126 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 126

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             8.1.2 Halangan komunikasi  Halangan-halangan komunikasi

                  c)  Menerangkan           1.  Fizikal
                       halangan-halangan         Sebarang  gangguan  fizikal  yang  wujud  secara  terus  dan  nyata  dalam  proses  komunikasi  akan
                       komunikasi seperti          memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi.
                       fizikal,                  Contoh:  gangguan  ini  adalah  seperti  gangguan  telefon,  bunyi  mesin,  percakapan  manusia,  bunyi
                       psikologikal,               kenderaan dan sebagainya.
                       sosiologikal dan     2.  Psikologikal
                       semantic.                 Merujuk kepada halangan yang disebabkan  oleh cara  berfikir yang berlainan dan tanggapan yang
                                                   berbeza antara pengirim dan penerima.
                       (Griffin, 2011)           Pekerja-pekerja dalam organisasi  mempunyai  persepsi  berbeza terhadap  sesuatu  isu  atau idea.   Ini
                       (Abu Bakar                  mungkin disebabkan oleh nilai atau sikap mereka yang bebeza.
                       Hamed)                    Contoh: Seorang pengurus mencadangkan perubahan dalam kerja untuk meningkatkan kualiti produk.
                                                   Tetapi pihak kesatuan menjangkakan perubahan kerja ini akan mengurangkan pekerja.  Persepsi ini
                                                   adalah berbeza antara dua kumpulan tersebut.
                                            3.  Sosiologikal
                                                 Halangan yang wujud dalam interaksi sosial dan budaya yang berbeza antara ahli-ahli masyarakat.  Ia
                                                   berkaitan dengan budaya, status dan latarbelakang sosial ahli-ahli masyarakat.
                                                 Perbezaan  latar  belakang  seperti  perbezaan    umur,  jantina,  taraf  pendidikan,  pangkat,  pengalaman
                                                   boleh mengahalang keberkesanan komunikasi.

                                                 Contoh:  Seorang  pengurus  berketurunan  barat  mengarahkan  pekerja  yang  berketurunan  Melayu
                                                   dengan menggunakan pergerakan badan seperti kaki, bagi pekerja mesej tersebut dianggap sebagai
                                                   biadap, manakala pengurus merupakan perkara biasa di negaranya.
                                            4.  Semantik

                                                 Halangan penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang berbeza.
                                                 Satu perkataan yang sama tetapi memberi maksud yang berbeza kepada dua individu yang berlainan.
                                                 Contoh: Seorang pengurus ingin menyampaikan arahan kepada pekerja asing  yang baru datang ke
                                                   negara ini, dimana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris.


                                                                                                                                           MUKA SURAT 265
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131