Page 127 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 127
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.1.3 Bentuk Komunikasi Bentuk-Bentuk Komunikasi.
1. Menegak
d) Menerangkan Komunikasi menegak berlaku apabila mesej dalam komunikasi mengalir (bergerak) secara menegak
bentuk-bentuk iaitu sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas mengikut hirerki organisasi.
komunikasi iaitu Ia juga dikenali sebagai komunikasi vertikal. Pergerakan mesej secara menegak ini juga disebut
sama ada menegak, sebagai komunikasi ke bawah dan komunikasi ke atas.
mendatar dan Contoh: pekerja melaporkan aktiviti yang telah dijalankan kepada pengurus atasan ataupun pengurus
melintang yang atasan memberi taklimat kepada pekerja bawahan tentang aktiviti jabatan dalam organisasi.
boleh berlaku 2. Mendatar
secara sehala atau Merujuk kepada pergerakan mesej antara pengurus yang menjawat jawatan yang sama atau tahap
dua hala. pengurusan yang sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
Komunikasi ini kadangkala disebut juga sebagai komunikasi horizontal.
(Griffin, 2011)
Contoh: Pertukaran maklumat antara pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran. Pengurus
pemasaran biasanya akan memaklumkan kepada pengurus pengeluaran akan jenis, kualiti dan jumlah
produk serta bila diperlukan oleh pelanggan. Pengurus pengeluaran akan merancang untuk
memenuhi permintaan pelanggan seperti yang dimaklumkan oleh pengurus pemasaran.
3. Melintang
Komunikasi melintang ini merujuk kepada pergerakan mesej antara staf yang menduduki tingkat
hirerki yang tidak sama bagi jabatan yang berbeza dalam organisasi.
Contoh: Pertukaran maklumat boleh berlaku antara penyelia jabatan pengeluaran dengan pengurus
jabatan pemasaran. Penyelia jabatan pengeluaran mungkin ingin memastikan maklumat atau
mendapat maklumat tambahan terhadap produk yang diperlukan oleh pengurus pemasaran. Tujuan
komuniakasi ini adalah sama seperti tujuan komunikasi mendatar iaitu untuk kordinasi dan integriti
aktiviti kerja antara jabatan, penyelesaian masalah antara jabatan dan memaklumkan perubahan atau
penambahbaikan.
MUKA SURAT 266

