Page 125 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 125
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
saluran komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. Setiap media
mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu.
Untuk mendapat kesan yang maksimum, penyampai perlu menggunakan beberapa jenis saluran bagi
menyampaikan sesuatu mesej.
Pemilihan saluran komunikasi mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan mesej.
4. Dekod
Dekod adalah proses mentafsir dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan supaya boleh
digunakan atau diambil tindakan oleh penerima.
5. Penerima
Penerima adalah sesuatu pihak yang mana mesej disampaikan kepadanya.
Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi, ataupun sejumlah orang yang
ramai.
Penerima boleh bertindak memberi maklumbalas agar kominikasi lebih berkesan.
6. Maklum balas
Maklumbalas berlaku apabila penerima memberi reaksi terhadap mesej yang disampaikan kepadanya.
Apabila maklumbalas positif, mungkin penyampai akan meneruskan komunikasinya dengan
penerima. Bagaimanapun, jika maklumbalas itu negatif, kemungkinan penyampai akan berhenti di situ
saja dengan tidak membuat susulan. Walau bagaimanapun ia boleh berlaku sebaliknya.
Ini bergantung kepada tujuan komunikasi, sikap individu terlibat dan kepentingan komunikasi tersebut.
MUKA SURAT 264

