Page 129 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 129
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Ucapan
Komunikasi sehala yang melibatkan pengaliran maklumat daripada pemberi ucapan kepada
audiens. Ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengirim kepada satu kumpulan
manusia. Dalam kontek orgnaisasi, ucapan melibatkan mesej yang ingin disampaikan oleh
pengurus kepada pekerja-pekerjanya, rakan-rakan sekerja, warga organisasi, kepada pelawat, atau
orang ramai.
Contoh: Mesej ucapan kepada pekerja-pekerja adalah untuk memberi maklumat tentang
pekerjaan, arahan kerja, dasar dan prosedur kerja, motivasi kerja. Mesej untuk rakan-rakan sekerja
pula melibatkan perancangan dan penyelarasan kerja, maklumat untuk penyelesaian masalah,
semasa persaraan dan pertukaran kerja.
iv. Pembentangan
Pembentangan melibatkan komunikasi formal oleh pembentang kepada pihak pendengar.
Kebiasaannya, pembentangan melibatkan laporan yang disediakan secara lengkap oleh
pembentang dan disokong oleh alat bantuan komunikasi seperti slaid, ‘power point,’ video, filem,
tv dan sebagainya
Contoh: Pembentangan yang melibatkan pekerja membentang laporan kepada pihak atasan,
pengurus membentangkan proposal kepada pihak bank atau pembiaya, pemilik syarikat,
pebentangan kepada pelanggan, pembekal, kerajaan atau pihak awam
2. Komunikasi Bukan Lisan.
i. Visual
Merupakan komunikasi melalui penggunaan carta atau graf, gambar, carta aliran atau gambarajah.
Contoh: kain rentang, majalah dan papan kenyataan.
ii. Bertulis
Merupakan komunikasi melalui simbol bertulis atau perkataan dalam bentuk sehala dan formal.
Contoh: surat menyurat, memorandum, laporan , buletin dan emel.
MUKA SURAT 268

