Page 130 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 130
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iii. Bahasa badan
Bahasa badan adalah merujuk kepada komunikasi bukan lisan atau bukan perkataan (nonverbal
communication). Ia melibatkan pergerakan atau perawakan anggota manusia dari muka hingga ke
kaki.
Contoh: hubungan mata, air muka, pergerakan kepala, pergerakan tangan, pergerakan badan,
sentuhan dan ruang.
8.1.5 Media Komunikasi Media Komunikasi.
f) Membandingkan 1. Bersemuka
media komunikasi Komunikasi secara bersemuka melibatkan dua atau lebih pihak yang melakukan proses komunikasi
dan kesesuaiannya yang bertemu secara berhadapan untuk membincangkan sesuatu perkara di suatu tempat yang sama.
termasuklah Komunikasi bersemuka boleh jadi secara formal ataupun tidak formal.
bersemuka, telefon,
internet, intranet, 2. Telefon
memorandum, surat Merupakan kaedah komunikasi yang dilakukan antara dua pihak yang berada di tempat yang berjauhan
menyurat, laporan dan sukar untuk berjumpa secara bersemuka.
dan buletin
3. Internet
Internet adalah merupakan satu rangkaian perhubungan antarabangsa yang diistilahkan hubungan
tanpa sempadan.
Internet merupakan satu sumber maklumat yang boleh dicapai oleh seseorang walaupun di mana ia
berada dan boleh memberi maklumat kepada sesiapa sahaja walaupun di mana ia berada asalkan
terdapat perkhidmatan yang menghubungkan komputernya kepada talian internet.
4. Intranet
Intranet ialah menggunakan satu sistem perhubungan dalaman sebagai satu rangkaian maklumat
korporat yang dapat menghubungkan antara staf.
Intranet boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan
cepat kepada stafnya dan juga maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak di luar organisasi.
MUKA SURAT 269

