Page 144 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 144
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
(b) Menerangkan Bagaimana internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan.
bagaimana internet
boleh meluaskan 1. E-dagang.
peluang- peluang Perdagangan elektronik atau e-dagang merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang
perniagaan seperti e- menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk
dagang, e-perolehan tujuan komunikasi dan juga transaksi.
dan e-pemasaran. Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki
pertubuhan/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas
iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.
Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara dalam talian) ternyata amat murah
dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus
mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.
Kelebihan e-dagang
i. Menggantikan konsep manual
Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang
untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa
membuang masa dan tenaga.
ii. Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai berupaya untuk mencapai jumlah
pengguna di seluruh pelusuk dunia. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet
akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
iii. Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut
sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan
melakukan pembayaran terus secara online.
MUKA SURAT 283

