Page 141 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 141
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
8.4 Teknologi Maklumat
(a) Menjelaskan peranan Peranan dan kepentingan ICT dalam pengurusan perniagaan.
dan kepentingan ICT
dalam pengurusan 1. Peranan dalam pengeluaran.
perniagaan. Dalam bidang pengeluaran teknologi maklumat digunakan dengan sepenuhnya terutamanya dalam
reka cipta produk iaitu dengan menggunakan Computer- Aided-Design (CAD) dan juga dalam proses
pengeluaran kebanyakkan mesin diprogram untuk berjalan secara automatik dengan menggunakan
sistem komputer.
Pengunaan ICT dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan dapat menghasilkan produk mengikut
standard yang ditetapkan.
2. Peranan dalam pemasaran
Kemudahan ICT dapat menpercepatkan data diperolehi dan dapat dianalisis dengan cepat dan tepat
dalam proses melakukan penyelidikan pemasaran.
Dengan mengunakan kemudahan peralatan dan media ICT sesuatu maklumat dapat disebarkan
dengan cepat dan bekesan kepada bakal-bakal pengguna.
Contoh media ICT seperti penggunaan WEB atau Blog organisasi ataupun menggunakan media sosial
seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya dalam mempromosi dan memasar produk.
3. Peranan dalam kewangan
Penggunaan ICT dapat mengurangkan kos penyediaan perancangan kewangan, serta penyediaan
belanjawan kewangan syarikat. Contohnya mengunakan perisian khusus untuk menyediakan
belanjawan serta juga laporan-laporan kewangan yang berkaitan.
Segala bentuk pembayaran dan penerimaan wang boleh menggunakan kemudahan ICT seperti
menggunakan kad debit dan kad kredit yang disediakan melalui mesin juruwang automatic (ATM).
4. Peranan dalam Pengurusan sumber manusia
Penggunaan ICT dapat meningkatkan pengurusan sumber manusia berkaitan dengan system merekod
kehadiran pekerja.
MUKA SURAT 280

