Page 146 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 146

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                      daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.
                                                     Katalog produk pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang
                                                      boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.
                                                     Pembekal juga berupaya menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar
                                                      tawaran tender menerusi e-Perolehan. e-Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau
                                                      memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.
                                                     Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan
                                                      membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

                                                   Kelebihan Menggunakan ePerolehan
                                                   i.  Proses perolehan yang lebih ringkas dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi.
                                                   ii.  Proses pembayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer) yang lebih
                                                        cepat.
                                                   iii.  Transaksi  dijamin  selamat  di  mana  ia  menyekat  kemasukan  pihak  yang  tidak  berkenaan  dan
                                                        kerahsiaan adalah terjamin.
                                                   iv.  Boleh  berhubung  secara  terus  dengan  pelanggan,  pada  bila-bila  waktu  dan  dari  mana-mana
                                                        lokasi, secara online melalui Internet.
                                                   v.  Berurus niaga melalui Internet membolehkan anda menceburi dunia perniagaan elektronik dan
                                                        pasaran antarabangsa.
                                                   vi.  Semua tawaran akan dikumpul dan satu jadual perbandingan dijana secara automatik. Ciri ini
                                                        membolehkan proses penilaian dapat dibuat dengan lebih efisien dan efektif.
                                                   vii.  Tawaran yang diterima daripada pembekal akan disimpan dengan selamat dan terjamin dengan
                                                        menggunakan  ciri  ’data  encryption’.  Maklumat  tawaran  hanya  boleh  dibuka  dan  dilihat  pada
                                                        masa  dan  tarikh  pembukaan  yang  telah  ditetapkan  melalui  proses  data  ‘decryption’  yang
                                                        terkawal.
                                                   viii. E-Perolehan  menyediakan  kemudahan  untuk  memantau  status  pendaftaran,  pembelian  serta
                                                        proses Sebut Harga, Tender dan eBidding.




                                                                                                                                           MUKA SURAT 285
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151