Page 145 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 145
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
iv. Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran
global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah
24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
v. Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau
pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu
bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.
vi. Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang
penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah
rendah.
vii. Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah
berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada
usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.
2. E-perolehan,
Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai e-Perolehan, akan memudahkan
aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan.
ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran
MUKA SURAT 284

