Page 147 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 147
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. E-pemasaran
E-Pemasaran ialah merujuk pada penerapan prinsip-prinsip pemasaran dan teknik melalui media
elektronik dan lebih khusus kepada Internet .
Kelebihan E-Pemasaran
1. Boleh berhubung terus dengan pelanggan.
o E-pemasaran membolehkan organisasi membuat kempen interaktif menggunakan muzik,
gambar ataupun video untuk menarik minat pelanggan.
2. Memudahkan pelanggan membuat pembelian.
o Dengan menggunakan beberapa klik sahaja pelanggan dapat membuat transaksi belian secara
dalam talian dengan mudah.
3. Dapat menjangkau terus kepada pelanggan yang ditujui.
o Perniagaan dapat menggunakan e-pemasaran untuk menyampaikan maklumat terus kepada
pengguna yang ingin mengetahui tentang produk yang ingin dipasarkan walaupun pada masa
perniagaan tidak beroperasi.
4. Dapat mencapai pelanggan yang tepat pada kos yang paling rendah berbanding dengan kaedah
pemasaran tradisional.
MUKA SURAT 286

