Page 143 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 143

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            Antara  Peranan Lain Teknologi Maklumat.
                                               1.  Perbankan
                                                     Melalui perkhidmatan perbankan, ianya menyediakan penyesuaian akaun, perakauanan pinjaman
                                                      ansuran, pengiraan faedah, perakauan deposit perkhidmatan, khidmat amanah, pengeluaran wang
                                                      dan mendeposit wang dan cek dengan menggunakan  mesin juruwang automatik (ATM) sistem
                                                      pembayaran on-line, dan juga e-bank yang meluas digunakan pada hari ini

                                               2.  Bidang Pelaburan Saham/ Pasaran saham.
                                                     Untuk berurusniaga dengan pasaran saham seseorang itu tidak perlu lagi pergi ke pasaran saham
                                                      itu sendiri, mereka boleh berurusniaga di mana jua secara elektronik.
                                                     Dalam keadaan ini pelabur boleh melihat turun naik saham hanya melalui skin komputer sahaja
                                                      ataupun skrin televisyen melalui canel Astro secara langsung.

                                               3.  Dalam Bidang Pendidikan.
                                                     Antara peranan teknologi maklumat dalam pendidikan ialah seperti sistem maklumat data pelajar,
                                                      sistem maklumat pengurusan dan analisis keputusan peperiksaan, sistem maklumat staf serta
                                                      maklumat-maklumat yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
                                                      seperti yang di amalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan pengajaran dan
                                                      pembelajaran Mata Pelajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan untuk mencapai
                                                      hasrat tersebut sistem maklumat berkomputer digunakan sepenuhnya dengan setiap orang guru
                                                      dibekalkan dengan komputer riba dan juga projektor.

                                               4.  Dalam Sektor Kerajaan.
                                                     Kerajaan juga menggunakan sistem maklumat secara meluas terutamanya dalam pentadbirannya,
                                                      pengesahan dan pengiraan cukai pendapatan, pendaftaran kenderaan bermotor, sistem belanjawan
                                                      negara, penggunaan Maykad dan sebagainya.
                                                     Terdapat bidang-bidang lain yang menggunakan sistem maklumat antaranya seperti penguat
                                                      kuasaan undang-undang, urusan ketenteraan, sukan, hartanah, ramalan perniagaan, dalam bidang
                                                      perubatan, penyiaran, penerbitan dan juga kegunaan pribadi komputer di rumah.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 282
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148