Page 140 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 140
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Outrageous
Merupakan satu strategi psikologi yang dapat menggangu emosi atau perasaan orang yang berunding
supaya menerima tawaran atau cadangan yang dirundingkan.
Keadaan ini akan menyebabkan pihak lawan akan terasa tidak senang hati sekiranya tidak menerima
cadangan yang dicadangkan.
Antara taktiknya seperti menggunakan nada marah, nada sedih dengan menangis, mengunakan
pujukan melampau dan ada juga mengaitkan dengan perbuatan berdosa.
6. Apparent withdrawal
Merupakan satu taktik berbentuk konfrantasi yang bertujuan untuk tidak berunding lagi dan ingin
menarik diri dari malaksanakan perundingan. Hal ini bertujuan untuk mengikat supaya pihak satu
lagi akur akan keputusan yang telah ditetapkan lebih awal.
7. Limited authority
Apabila berlakunya sesuatu keputusan yang sukar maka ada pihak yang berunding menyatakan
bahawa mereka tiadak mempunyai kuasa yang cukup untuk membuat keputusan dan menyerahkan
kepada pihak atasan untuk membuat keputusan. Keadaan ini mengakibatkan keputusan tidak dapat
dibuat semasa berlakunya perundingan.
MUKA SURAT 279

