Page 60 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 60

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                              Pekerja akan terdorong melakukan kerja dengan baik jika ada insentif kewangan.
                                              Pekerja cuba mengelakkan diri dari memimpin orang lain.
                                              Pekerja tidak suka pada perubahan.
                                                                 .
                                            Teori Y.
                                            Teori Y pula mempunyai andaian yang berlawanan dari teori X antaranya :
                                              Pekerja suka melakukan kerja.
                                              Pekerja boleh mengawal diri dalam melakukan kerja.
                                              Pekerja berani mengambil tanggungjawab dan suka meimpin orang lain.
                                              Pekerja dimotivasi oleh kemahuan membuat kerja dan berinteraksi dengan rakan sekerja bukan
                                                disebabkan oleh insentif kewangan.
                                              Pekerja akan melakukan kerja yang tebaik sekiranya tiada banyak kawalan dan hukuman yang dikenakan
                                                oleh pihak pengurusan.
                                              Motivasi dan potensi diri untuk pembangunan kerja sudahpun wujud dalam diri pekerja dan pihak
                                                pekerja hanya perlu mengilap mengilap motivasi dan potensi tersebut.
                                              Pekerja bertenaga dan bijak.
                                              Pekerja mahu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan dan sanggup menghadapi sebarang
                                                perubahan.
                                             .
                                             Jika kita meneliti dengan terperinci jenis pekerja yang terdapat dalam syarikat maka watak pekerja hampir
                                              menyamai dua teori ini.
                                             Mungkin seseorang pekerja mempunyai ciri-ciri yang bercampur-campur antara teori X dan teori Y.
                                             Sebahagian yang lain pula menepati teori-teori tersebut tetapi mungkin darjah kecenderungannya terhadap
                                              sama ada teori X atau teori Y berbeza.
                                             Fokus teori ini adalah kepada pengurus agar dapat menyesuaikan potensi pekerja dengan gaya pengurusan.
                                              Tidak semua kerja memerlukan manusia bersifat teori X atau sebaliknya.
                                             Oleh  itu,  implikasi  awal  teori  ini  adalah  pengurus  perlu  faham  jenis  tugas  dan  tabii  kerja  dan  buatlah
                                              pemilihan pekerja yang mempunyai ciri yang sesuai untuk tugas tersebut.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 199
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65