Page 65 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 65

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         3.  Penyesuaian (norming)
                                               Peringkat  ini  melibatkan  ahli  pasukan  telah  mengenali  ahli  lain  dengan  lebih  dekat  dan  hubungan
                                                 semakin mesra.
                                               Kerjasama antara ahli sedang berlaku dan semakin kuat hubungan mereka dalam mencapai
                                                      matlamat.
                                               Ahli-ahli bersetuju tentang peranan, peraturan dan norma pasukan.
                                               Mereka telah mula memainkan peranan masing-masing dan menghindari sebarang konflik yang timbul.

                                         4.  Perlaksanaan(performing)
                                               Pada  peringkat  ini,  pasukan  lebih  memfokuskan  kepada  perlaksanaan  tugas  yang  diberikan  kepada
                                                mereka.
                                               Mereka akan cuba menyelesaikan isu-isu  yang telah dibangkitkan dan cuba mencapai matlamat  yang
                                                ditetapkan.

                                               Pasukan pada peringkat ini telah bersatu dan lebih integrasi antara ahli-ahli.  Ahli-ahli telah mengenali
                                                antara satu dengan yang lain dan saling berkerjasama.
                                               Pasukan lebih proaktif serta produktif dan berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

                                         5.  Pembubaran/penangguhan (adjourning)
                                               Peringkat ini hanya akan berlaku apabila matlamat bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan kepada
                                                 mereka berjaya.
                                               Ahli-ahli pasukan pada peringkat ini akan berasa sedih dan emosional kerana mereka terpaksa berpisah.
                                                 Maka dengan itu berlakulah proses pembubaran.

             5.5.8  Pengurusan Stres     Maksud Stres

                  k) Mentakrifkan           Stres  kerja adalah tekanan yang dirasai oleh pekerja apabila  menghadapi permintaan, kekangan, ancaman
                     maksud stres dan       atau peluang yang melampau dan mereka tidak pasti tentang keupayaan mereka melakukan kerja tersebut.
                     pengurusan stres       Holmes  dan  Rahe  mentakrifkan  stres  sebagai  tindak  balas  fizikal  dan  psikologi  yang  berlaku  apabila

                                            seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan terhadap diri dalam jangka masa yang singkat.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 204
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70