Page 63 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 63

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         Perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan bagi membina satu pasukan yang berkesan.
                                         Fokus kepada matlamat.
                                            Perkara utama yang melibatkan keberkesanan pasukan adalah komited dengan matlamat bersama.  Oleh itu,
                                            pasukan  harus  mewujudkan  kesefahaman  antara  ahli-ahli  dan  mengahargai  sumbangan  masing-masing.
                                            Mereka akan bekerja bersama-sama dengan harmoni dan saling bantu membantu untuk mencapai matlamat
                                            bersama dengan prestasi yang cemerlang.

                                         1.  Memotivasi pasukan.
                                            Pasukan  yang  berkesan  akan  mewujudkan  motivasi  dikalangan  ahli-ahli.    Motivasi  kumpulan  ini  akan
                                            berterusan  atau  konsisten  dalam  semua  aktiviti  kerja.    Semangat  kerjasama  dan  tolong  menolong  adalah
                                            menjadi budaya kerja mereka.

                                         2.  Sumbangan ahli.
                                            Ahli  pasukan  adalah  dipilih  dan  dilatih  untuk  melakukan  kerja  mereka  secara  berkesan.    Setiap  ahli
                                            mempunyai kemahiran tertentu dan memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan.  Sumbangan yang
                                            diberi oleh ahli harus di hargai oleh rakan-rakan dan harus saling mempercayai.

                                         3. Norma Kumpulan.
                                            Norma kumpulan adalah nilai dan  kepercayaan yang menjadi  standard bagi mengawal perlakuan ahli-ahli.
                                            Ia  merupakan  kepercayaan  bagaimana  ahli  harus  berfikir  dan  bertindak.    Norma  boleh  jadi  positif  atau
                                            negatif kepada organisasi.  Sebahagian pasukan mungkin akan bekerja kuat, manakala pasukan yang lain
                                            mungkin akan timbul perbalahan dengan pihak pengurusan.

                                         4.  Peranan.
                                            Peranan merujuk kepada satu set gelagat dan tugas-tugas di mana seseorang ahli sesebuah pasukan  dijangka
                                            akan melaksanakan tugas-tugasnya.  Di sebabkan ia merupakan ahli pasukan, ia telah diberi tanggungjawab
                                            dan autoriti  melakukan sesuatu kerja.  Setiap ahli akan menjangkakan ahli-ahli lain dalam pasukan akan
                                            memainkan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan.


                                                                                                                                           MUKA SURAT 202
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68