Page 68 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 68
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Faktor Individu Atau Personal
1. Personaliti
Sahsiah atau personaliti pekerja adalah berbeza. Ada pekerja yang suka mengambil tanggungjawab,
kreatif dan suka bekerja.
Sebahagian pekerja pula tidak suka diarah oleh ketua, malas dan tidak kreatif.
Dalam hal ini, pengurus harus memberi tugas yang bersesuain dengan pekerja.
Rekabentuk kerja yang tepat dengan personaliti pekerja akan mengurangkan ketegangan.
2. Keperluan
Kadangkala pekerja mempunyai keperluan tertentu yang mereka harap akan dapat dicapai dengan
memberi sumbangan kepada organisasi. mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikejar mereka
tercapai.
Tetapi sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa
tidak puashati dan tertekan.
3. Pengalaman
Pekerja yang kurang berpengalaman mungkin mudah menghadapi ketegangan kerja. Pekerja yang muda
juga mungkin lebih tidak sabar.
Pengalaman mengajar pekerja tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran kerja.
Kadar ketegangan bagi pekerja yang berpengalaman adalah lebih rendah dari pekerja yang baru dan
tiada pengalaman.
4. Keupayaan
Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja.
Semakin tinggi kemahiran eseorang itu maka pekerja berkenaan dijangka dapat menyerap segala
tekanan dalam melakukan pekerjaan.
MUKA SURAT 207

