Page 67 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 67

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946

                                         3.   Kekaburan Peranan
                                              Keadaan  ini  berlaku  apabila  pengurus  tidak  menerangkan  dengan  jelas  akan  peranan  yang  harus
                                                 dimainkan  oleh  subordinat.    Ini  menyebabkan  subordinat  tidak  faham  akan  tugas  dan
                                                 tanggungjawabnya.
                                              Dalam kes ini, pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan oleh subordinat.

                                         4.  Gangguan seksual
                                              Gangguan ini kerap berlaku kepada pekerja wanita.
                                              Bagi mengatasi masalah ini pihak pengurusan syarikat harus menyediakan tempat rujukkan, bantuan dan
                                                 penasihat kepada pekerja wanita yang diganggu.


                                         Faktor Organisasi
                                         1.  Pengamalan dasar, prosedur, dan peraturan yang ketat
                                                Faktor organisasi berkaitan dengan dasar, peraturan dan prosedur yang terlalu ketat akan
                                                         menyebabkan tekanan kepada pekerja.
                                                Tekanan  juga  boleh  berlaku  disebabkan  olek  struktur  organisasi  yang  terlalu  rigid  atau  tidak  luwes.
                                                   Subordinat menjalankan kerja mereka seperti mesin dan hanya menerima arahan dari ketua sahaja.
                                                Pekerja tidak dibenarkan mencadangkan apa-apa.
                                                Kesalahan pekerja dihukum dan kejayaan tidak diberi ganjaran.  Faktor-faktor ini boleh menyebabkan
                                                   ketegangan.

                                         2.  Keadaan Tempat kerja
                                               Tempat  kerja  yang  terlalu  kotor,  panas,  bising,  tidak  cukup  udara  dan  cahaya,  dan  merbahaya  akan
                                                mewujudkan ketegangan kepada pekerja.  Lebih-lebih lagi apabila kesihatan pekerja terjejas.  Pengurus
                                                harus menitik beratkan perkara ini dan menyediakan tempat kerja yang selesa untuk pekerja.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 206
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72