Page 69 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 69

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         Faktor luaran
                                         Punca  ketegangan  berkaitan  dengan  faktor  luaran  adalah  berkaitan  dengan  persekitaran  luar  organisasi  dan
                                         individu.   Diantaranya adalah seperti faktor keluarga, ekonomi dan hubungan personal.

                                         1.  Faktor Keluarga dan saudara mara
                                               Keluarga akan mempengaruhi ketegangan kerja.  Umpamanya seorang pekerja yang kematian isteri
                                                     (suami) boleh menjejaskan aktiviti kerjanya.
                                               Begitu  juga  jika  anak  atau  keluarga  pekerja  itu  sakit,  bercerai    dan  sebagainya  boleh  meningkatkan
                                                tekanan.
                                               Oleh itu, sebarang musibah yang berlaku kepada pekerja akan menjejaskan pekerjaannya.

                                         2.  Masalah Kewangan
                                              Masalah  kewangan  memberi  tekanan  kepada  pekerja    membuatkan  seseorang  itu  tidak  dapat
                                                 menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya.
                                              Keadaan ini lebih ketara apabila ekonomi meleset dan harga barang meningkat.
                                              Pekerja  mempunyai  anak  dan  isteri  untuk  disara  hidup  mereka.    Jika  mereka  menghadapi  masalah
                                                 kewangan mereka akan menghadapi ketegangan.

                                         3.  Faktor Ekonomi
                                               Keadaan ekonomi yang tidak menentu akan mengakibatkan pekerja menghadapi tekanan kerana mereka
                                                tidak pasti sama ada boleh kekal bekerja dengan syarikat atau tidak.
                                               Apabila syarikat menghadapi masalah prestai maka kemungkinan mereka akan menggunakan strategi
                                                pembuangan pekerja untuk mengurangkan kos.
                                               Ini akan mengakibatkan pekerja tidak senang dengan kedudukan mereka sebagai pekerja.  Mereka akan
                                                merasai ketegangan kerja.


                                         4.  Hubungan Personal
                                              Hubungan peribadi dengan jiran, rakan, masyarakat memainkan peranan dan memberi kesan terhadap
                                                 prestasi pekerja.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 208
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74