Page 71 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 71
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Kesan Gelagat/ Perlakuan.
Ketegangan dapat memberi kessan kepada perlakuan pekerja dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan. Ia
mungkin melibatkan kesan negatif atau postif kepada prestasi organisasi.
Jika terlalu berat tekanan yang ditanggung oleh pekeja kemungkinan pekerja akan meletakkan jawatan,
tidak menunjukkan prsetasi yang baik, bergaduh dengan pengurus, merosakkan harta pejabat dan
sebagainya.
Jika terlalu ringan pula ketegangan maka pekerja mungkin akan ponteng kerja, tidur semasa bekerja,
bersembang, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja, lalai dan sebagainya.
b) Kesan Ketegangan Kepada Organisasi.
Apabila pekerja menghadapi ketegangan, kesannya bukan sahaja ditanggung oleh pekerja berkenaan
malah organisasi juga turut terjejas.
Diantara tanda-tanda atau kesan yang akan dihadapi oleh organisasi adalah seperti berikut:
1. Moral dan motivasi pekerja berkurangan.
Pekerja yang berada dalam ketegangan mungkin tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas
mereka.
Mereka tidak dapat memberi sumbangan sepenuhnya dalam melakukan pekerjaan.
2. Bertambahnya kadar lantikhenti.
Ketegangan menyebabkan pekerja akan berhenti kerja dan mendapatkan pekerjaan lain.
Organisasi akan kerugian jika pekerja yang berhenti itu adalah pekerja yang berkemahiran dan cekap
dalam kerja mereka.
3. Bertambahnya kadar ponteng kerja.
Dalam keadaan tertekan pekerja mungkin akan ponteng dari hadir ketempat kerja.
Pekerja mungkin akan mengambil terlalu banyak cuti biasa atau cuti sakit.
Mereka sentiasa mengelakkan diri dari mengambil tanggungjawab.
MUKA SURAT 210

