Page 72 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 72
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Kerosakkan harta organisasi.
Pekerja akan melakukan kerosakkan terhadap harta organisasi seperti mesin, peralatan pejabat,
bangunan dan sebagainya.
Apabila mereka tertekan mereka akan cuba memuaskan hati dengan merosakkan apa sahaja agar boleh
meredakan tekanan kerja.
5. Kemalangan kerja.
Ketegangan akan menyebabkan pekerja lalai dan tertekan dan ini akan mengakibatkan berlakunya
kemalangan semasa bekerja.
.
6. Prestasi akan menurun.
Apabila pekerja tertekan sudah tentu mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka.
Dengan itu, produktiviti akan menurun dan akan mengakibatkan organisasi tidak dapat mencapai
matlamat yang ditetapkan.
c) Hubungan Ketegangan dengan Prestasi Kerja
Persoalannya sekarang setakat manakah ketegangan harus diberikan kepada pekerja.
Persoalan ini adalah kompleks kerana pekerja itu adalah kompleks.
Berlainan pekerja memberi reaksi yang berbeza kepada darjah ketegangan.
Walaupun begitu, cadangan telah dibuat oleh ahli-ahli dalam pengurusan ketegangan bahawa pekerja
dapat menerima ketegangan yang sederhana.
Jika pihak pengurusan memberikan tekanan yang sederhana kepada pekerja mereka dapat menunjukkan
prestasi yang optimum.
Jika terlalu rendah tekanan maka prestasi adalah rendah.
Dalam hal ini pengurus harus meningkatkan tekanan sehinggalah sampai ketahap yang optimum.
Jika diteruskan tekanan selepas ini maka prestasi pekerja akan menurun.
MUKA SURAT 211

