Page 73 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 73

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                n) Menjelaskan kaedah   Kaedah atau Pendekatan Mengurus Ketegangan/ stres
                  menguruskan kesan
                  stres oleh individu    a)  Pendekatan Organisasi
                  dan organisasi.             Berlainan pekerja berlainan pendekatan yang boleh digunakan.
                                              Pengurus  boleh  memilih  cara-cara  yang  sesuai  dengan  pekerja  dan  persekitaran  mereka  dalam
                                               menguruskan ketegangan.

                                         Teknik pengurusan ketegangan oeleh organisasi.
                                         1.  Pemilihan dan penempatan pekerja.
                                               Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja  yang disyorkan agar dapat  memilih
                                                pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka.
                                               Pastikan pekerja diberi tugas yang sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka.
                                               Jika pekerja yang tidak berkemahiran diberi tugas baru maka pekerja berkenaan perlu diberi latihan.
                                               Ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan mudah dan tanpa ketegangan.

                                         2.  Program pembangunan kerohanian dan mental
                                               Pihak pengurusan boleh memberi latihan pembangunan diri kepada pekerja seperti kuliah ugama, kemah
                                                ibadat, meditasi, dan perkara-perkara yang berkaitan.

                                               Mengingatkan  pekerja  agar  selalu  sabar,  tabah,      tenang  dan  relaks  dalam  menjalankan  tugas  dapat
                                                membantu mengurangkan ketegangan.
                                               Pekerja  juga  perlu  diberi  ilmu  bukan  sahaja  untuk  keperluan  pekerjaan  sahaja  malah  juga  untuk
                                                pembangunan mental mereka.
                                               Pengurusan dapat mengadakan kursus pembangunan diri, etika, motivasi dan sebagainya.
                                               Disamping itu organisasi boleh juga menyediakan ruangan membaca ataupun perpustkaan kecil untuk
                                                memberi peluang kepada pekerja menambah pengetahuan mereka.

                                         3.  Program pembangunan fizikal dan sosial
                                               Program pembangunan fizikal seperti bersukan, riadah, senaman, hari keluarga dan sebagainya boleh
                                                dianjurkan oleh organisasi.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 212
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78