Page 99 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 99
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Perjanjian tanpa balasan (Sekyen 26)
(a) la dinyatakan dalam tulisan dan didaftar mengikut undang- undang (jika ada) yang pada masa ini
berkuat kuasa bagi pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat atas dasar kasih dan sayang sejati
antara pihak-pihak yang ada kaitan akrab antara mereka;
(b) la satu janji untuk memampaskan, keseluruhan atan sebahagiannya, kepada seseorang yang telah
dengan rela melakukan sesuatu kepada si pembuat janji;
(c) la satu janji, dibuat dalam tulisan dan ditandatangani oleh orang yang akan dituntut mengenainya,
atau oleh ejennya yang umumnya atau khususnya diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk
membayar keseluruhan atau sebahagian, suatu hutang yang, kalau tidak kerana undang-undang
sekatan guaman, pasti akan dituntut bayarannya oleh si pemiutang.
4. Niat
Keadaan minda yang tidak dapat dilihat secara zahir dan ia merupakan suatu yang ada pada hati yang
berbeza dengan perbuatan atau kelakuan. Akta Kontrak 1950, Seksyen 2(a) dan 2(d) perkataan `dengan
maksud’ dan `kehendak’ secara tersiratnya mengandungi elemen niat di dalamnya.
Perjanjian Berdasarkan Niat
Penentuan samada wujud niat atau tidak dalam berkontrak di mahkamah adalah berdasarkan kepada
jenis kontrak yang masuki oleh pihak-pihak yang berkontrak;
Perjanjian yang berbentuk domestik atau kekeluargaan tiada niat untuk mengikat di sisi undang-
undang
Perjanjian berbentuk komersial ataupun berbentuk perniagaan ada niat untuk terikat di sisi undang-
undang
5. Ketentuan
Merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak untuk menjadikan kontrak sah di sisi undang-
undang. Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata , terang dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan.
“ Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
MUKA SURAT 238

