Page 100 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 100

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                               Faktor ketidaktentuan
                                                 Bahasa yang kabur dan samar-samar.
                                                 Perjanjian gagal mencapai persetujuan terhadap  perkara pokok atau syarat utama perjanjian.

                                            6.  Keupayaan
                                               Kelayakan seseorang untuk memasuki kontrak iaitu seseorang yang berkontrak mestilah bersetuju untuk
                                               menerima kewajipan dan berfikiran waras serta dapat memahami terma kontrak dan kesan kontrak.

                                               Elemen keupayaan (Sek 11 Akta Kontrak 1950)
                                                 Dewasa
                                                     Menurut  Akta  Umur  Dewasa  1971,  usia  dewasa  seseorang  di  Malaysia  ialah  18  tahun  tidak
                                                      termasuk perkara berkaitan perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat.
                                                     Terdapat  tiga  pengecualian  seseorang  yang  berusia  bawah  18  tahun  boleh  memasuki  kontrak
                                                      berikut:
                                                         i.   Kontrak Keperluan Hidup.
                                                                Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak berhak untuk
                                                                 mendapat bayaran dari harta kanak-kanak tersebut.
                                                        ii.   Kontrak Biasiswa
                                                                Kanak-kanak berhak menandatangani perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai
                                                                 usia 18 tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikat di sisi undang-undang
                                                       iii.   Kontrak Insurans
                                                                Seorang kanak-kanak berusia lebih 10 tahun hingga 16 tahun berhak memasuki
                                                                 kontrak insuran dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa atau
                                                                 penjaganya.







                                                                                                                                           MUKA SURAT 239
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105